Sunday, December 19, 2010




Alhamdulillah, pada 18 Disember 2010 sebuah program yang bertajuk 'Kursus Softskill' telah diadakan di Academic Centre 1, Imarah Medic Mesir. Melalui program ini para peserta diajar menggunakan Adobe Photoshop dan Sony Vegas.

Pada sesi pertama;pagi tenaga pengajar mengkhususkan kepada penggunaan Adobe Photoshop. Melalui ini, para peserta diajar 'editing' serta proses membuat poster, banner dan juga flyers. Selain itu, pada penghujung sesi pertama para peserta dikehendaki menghasilkan sebuah poster yang bertemakan 'Sambutan Pelajar Baru'. Para peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan. Di sini, kita dapat melihat kreativiti masing-masing. Setelah itu, selesai sudah sesi pertama dan para peserta diberikan rehat selama 45 minit.

Setelah 45 minit berlalu, selesai solat dan makan tengahari bermulalah sesi kedua iaitu sesi videografi dan sinematografi. Sebelum memulakan sesi pengajaran,kami disajikan dengan sebuah video hasil karya ustaz sendiri dan sememangnya sangat mengkagumkan. Di sini, ustaz mengajar perkara basic mengenai videografi menggunakan Sony Vegas.

Secara keseluruhan, program softskill ini sangat menarik dan meniupkan lagi semangat di dalam diri setiap peserta untuk sentiasa kreatif dalam menghasilkan sesuatu karya. Diharap semua peserta dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari dan tidak berhenti setakat di sini sahaja. Insyaallah 'Kursus Softskill' siri ke-2 akan diadakan lagi dalam masa terdekat ini.

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.