Saturday, December 25, 2010


24 Disember 2010- Sebuah program Jo'Fenz iaitu gabungan JOM Jog dan Defense bertempat di Istad. Program dimulakan pada pukul 6.30 pagi di mana semua peserta berkumpul di lobi imarah. Setelah itu, semua yang hadir bergerak ke Istad bersama-sam sambil 'jogging'.

Pabila sampai di Istad, tanpa membuang masa sesi senamrobik telah diadakan yang diketuai oleh saudari Asmaa atau dalam erti kata lain sesi 'warming-up'.

Setelah itu, acara sukaneka telah diadakan. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan secara rawak. Antara halangan yang para peserta kena hadapi adalah 'passing' amanah, permainan menggunakan 3 selipar, makan pisang yang bersalutkan tepung dan garam serta sepakan 'penalty' setelah melakukan 10 kali pusingan. Sememangnya semua peserta sangat bersemangat dan mempamerkan saingan yang sihat di antara satu sama lain. Disamping menimbulkan semangat kesukanan di dalam diri peserta, semangat kerjasama juga telah ditonjolkan melalui program ini. Alhamdulillah, program ini berjaya memupuk semangat kebersamaan sesama rakan.

Selepas itu, semua peserta disajikan dengan sarapan pagi bagi mengisi perut sebelum memulakan program seterusnya iaitu JOM Defense! ;)

Beberapa minit kemudian, setelah semua bersedia program Jom Defense dimulakan yang diketuai saudara Faudzul Azim dan saudara Izzuddin. Mereka mengajar cara-cara bagi melepaskan diri sekiranya berlaku sebarang pergelutan dengan orang yang berniat tidak baik. Cara-cara yang diajarkan diambil dari sumber seperti silat, taekwondo, aikido dan sebagainya digabung menjadi satu. Setelah itu, sedikit jamuan makan telah diadakan dan para peserta bersurai. Sesungguhnya program ini berjalan dengan jayanya dan diharap para peserta berseronok pada hari itu serta boleh mempelajari sedikit-sebanyak ilmu mempertahankan diri sendiri.


1 comments:

  1. cayalah!! hehe thumbs up...pengarah program...Ms Asmaa ...hehe..roti from cairo pun ada gak>>>....kalau buat tiap2 minggu...bisa boleh kurus..:-)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.