Friday, December 24, 2010




23 Disember 2010- Sebuah program "Time-To-Change" telah diadakan di Academic Centre 2,Imarah Medic Mesir. Program ini telah disampaikan oleh Dr.Aiman Jusri yang kini seorang pelajar perubatan tahun ketiga,Mansoura University.

Time is treasure merupakan tajuk pertama Dr.Aiman. Sememangnya, jika kita fikir masa memang tidak ternilai harganya. Masa tidak boleh diputar kembali atau dibeli dengan seluruh harta yang ada hatta seseorang itu memiliki berjuta-juta dollar pun. Oleh itu, kita seharusnya menghargai masa yang ada dan menggunakannya sebaik-baiknya.

Selain itu, 'Time is pressure'. Bagi tidak menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah,kita seharusnya memikirkan apakah keperluan kita atau dalam erti kata lain memiliki 'goal' atau sasaran sendiri. Selain itu,sedikit tips bagi mengelakkan pembaziran masa adalah seperti berikut:

- Think before acting
- set deadlines
- always keep long term goals
- don't do other people's work
- reward yourself
- avoid bad habits

Seterusnya, Dr.Aiman juga menekankan bahawa time is pleasure. Sekiranya kita memiliki time-management yang betul sesungguhnya segala apa yang dirancang berjalan dengan lancar insyaallah. Oleh itu, kita seharusnya memiliki time-planner sendiri. Dengan adanya jadual sendiri, insyaallah berjaya. Dr. Aiman juga telah memberikan tips mengenai jadual yang pernah dipraktikkan oleh pemimpin Amerika Syarikat terdahulu iaitu Dwight D. Eisenhower.

Terakhirnya,Time is precious. Sebagai contoh,bagi seseorang yang menghidapi penyakit seperti cancer dan peluang hidup mereka teramatlah tipis sememangnya masa teramatlah berharga. Sehari menghabiskan masa bersama keluarga tersayang sudah memadai. Nah, sudah nampak betapa pentingnya masa di dalam hidup kita.

Pada penghujung program, Puan Siti Haniza atau lebih dikenali sebagai Ummi tampil memberikan sedikit perkongsian mengenai 'time-management'. Antara sebahagian yang telah disampaikan, 'All you got to do is put a great 20% of effort and insyaallah you'll get the 80% the results BUT must bear in mind that the effort should be our best effort plus discipline is the key of success'. Wah,walaupun hanya sedikit yang disampaikan saya pasti semua yang hadir terasa impaknya.

Program tidak habis di situ sahaja,sebuah LDK telah diadakan dimana semua yang hadir telah dibahagikan di dalam kumpulan masing-masing bagi menyiapkan sesuatu 'task'. Selepas itu, sesi makan telah diadakan dan tamatlah program 'Time-To-Change'.

Diharap semua yang hadir boleh mengambil manfaat daripada program pendek ini dan seterusnya mempraktikkannya di dalam kehidupan sehari-harian. Insyaallah.


Newsdesk
MMTanta

1 comments:

  1. Congrats and Alfu Shukran Akhi Aiman Yusri for making the time...........its great and may Allah swt blesses us for the effort we use to improve ourself............:-)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.