Thursday, May 19, 2011




Salam
Diucapkan selamat datang ke Tanta kepada Dr.Suhaini Kadiman dan Dr.Fazlina Hanum Mohd Ali yang merupakan ibu dan bapa bagi pelajar MedicMesir Tahun 1 Muhammad Abdullah. Menjadi satu penghargaan bagi pihak MMtanta atas kesudian mereka menetap di bilik tetamu AC1 dan ribuan terima kasih atas kesudian untuk bersama pelajar2 MMtanta untuk memberikan tips belajar dan motivasi sempena menjelang musim peperiksaan akhir tahun.
Sedikit info tentang kedua doktor hebat ini Dr.Suhaini merupakan pakar Anaesthisology dari Institut Jantung Negara yang merupakan pakar dalam Transoesophageal Echo. Dr Fazlina pula merupakan pakar Sakit puan( Obstetrics and Gynaecologist) di Hospital Azzahra Bangi. Di harap semua pelajar dapat menyertai program motivasi ,solat hajat dan bacaan yasin agar semua akan dapat manfaat dari kehadiran doktor sehebat Dr.Suhaini dan Dr.Fazlina.

Tentatif program adalah seperti berikut

7.00-Iftar Jamaie
7.30-Solat Maghrib, Solat hajat dan bacaan Yasiin
8.30- Sesi perbincangan bersama Dr.Suhaini dan Dr.Fazlina
10.30-Bersurai

Sekian
Ahmad Samhan Awang
Pengerusi MMtanta



0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.