Friday, May 20, 2011

Tanggal 19 Mei 2011 pada pukul 930pm bertempat di Academic Centre Medicmesir, MMTanta telah mengambil peluang untuk menganjurkan 'Motivational Talk' yang disampaikan oleh Dr Suhaini dan Dr Fazlina Hanum sempena peperiksaan akhir tahun yang akan menjelang beberapa hari lagi. Program adalah bertujuan untuk membangkitkan semangat pelajar dan dan mencungkil rahsia kejayaan doktor untuk dicontohi oleh para pelajar.

Kami sangat bertuah kerana mendapat kunjungan dan mendapat manafaat dari doktor suami isteri yang hebat seperti Dr Suhaini dan isteri. Dalam nasihat Dr Suhaini , beliau menekankan penting untuk konsisten dalam belajar ,sentiasa memperbetulkan niat dan tahu matlamat sebenar. Beliau juga berpesan supaya graduan dari Mesir dapat mengambil peluang untuk mendekati ulama dan mendalami ilmu agama bukan sahaja cemerlang dalam ilmu perubatan. Sementara itu, Dr Fazlina berpesan agar pelajar perubatan pandai untuk membahagikan masa dan tunaikan hak yang sepatutnya. Mereka berharap para pelajar menanam niat untuk mencapai kejayaan bukan sahaja di tahap ijazah perubatan malah sehingga menjadi doktor pakar.

Saya mewakili para pelajar medicmesir mengucapkan ribuan terimakasih kepada Dr Suhaini dan Dr Fazlina kerana dapat meluangkan masa dan memberi nasihat yang sangat berguna untuk kami. Terimakasih juga kepada Team JOM Mumtaz, exco MMTanta ,azizul hakim sebagai moderator forum dan kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Diharap doktor dapat berkunjung lagi ke bumi Tanta dan para pelajar memegang harapan doktor supaya menjadi 'Doktor Muslim Professional'.

Ahmad Samhan Awang
Pengerusi MedicmesirTanta

1 comments:

  1. Shukran Dr Suhani serta isteri. Semoga melonjak momentum anak2 di bumi Tanta semasa percutian Dr melawat anakanda tersayang!

    semoga Allah swt membalas dengan sebaik2 balasan. Ameen.

    JOM! Mumtaz team...Congrats for the success of the event!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.