Saturday, June 25, 2011




Salam All....

Semoga semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. Alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk bertemu kembali dgn bulan rejab yang mulia ini. Bulan Rejab tidak asing dengan kisah yang menyimpan 1001 hikmah dan kelebihan iaitu kisah Isra' Dan Mi'raj pengembaraan malam Rasulullah yang menjadi asas pembentukan Agama Islam sehingga hari ini. Oleh itu unit Dakwah Dan Tarbiyah MMtanta membawakan satu program untuk menyingkap kelebihan 1001 malam khas buat semua warga tanta yang akan disampaikan oleh Sdr. Abu Hafiz Sallehuddin, berikut adalah sedikit sebanyak ttg beliau

ABU HAFIZ SALLEHHUDIN

Asal: Klang, Selangor
Tarikh Lahir: 2 November 1988
Pengajian: Ilmu Wahyu, al-Quran dan Sunnah
Universiti: UIAM
Pencapaian Dalam Debat:
1. Mewakili UIAM ke Kejuaraan Perdebatan Bahasa Arab Universiti Antarabangsa di Doha, Qatar
2. Pendebat Terbaik Sabak Bernam, Selangor pada 2005
3. Diiktiraf pendebat bahasa Arab cemerlang oleh tiga akhbar berpangkalan di Qatar iaitu Al-Arab, Al-syarq dan Peninsular Gulf (berbahasa Inggeris).

Pencapaian Akademik:
Konsisten memperoleh Nilai Gred Kumulatif (NGK) 3.23 ke atas setiap semester di UIAM

Maklumat Program adalah seperti berikut

Tarikh: Rabu 29th June 2011

Masa: 7.30 pm

Tempat : Ac2

Penceramah: Abu Hafiz Sallehuddin


Tentatif Program Adalah Seperti berikut

7.00-730pm: Solat maghrib berjemaah
8.00-10.00pm : Ceramah Isra' Mi'raj
1.000-10.30pm : Penyampaian cenderahati
10.30-11.00pm : Jamuan makan

Diharap Semua Warga tanta dapat ramai2 memeriahkan majlis yang dirahmati Allah ini...

Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Siapa saja yang menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberikan kepadanya kemudahan jalan menuju syurga.” (Sahih, At-Tirmidzi [2646])

Maklumat Lanjut Sila Hubungi

Azizul Hakim Mahdi- 0142970299
Siti Zuhairah- 0143349937


Sekian
Unit Dakwah Dan Tarbiyah MMtanta
Azizul Hakim Mahdi

1 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.