Sunday, July 31, 2011


Assalamualaikum.Alhamdulillah Allah masih lagi panjangkan umur kita untuk bertemu bulan yang paling mulia antara bulan-bulan lain.Diharap semua dalam keadaan bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menyambut tetamu Allah yang julung2 kali datang,RAMADHAN

" Rasulullah SAW yang maksudnya : Apabila telah tiba Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan".(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi)

`Marilah kita bersama-sama menjadikan Ramadhan kali ini merupakan
Ramadhan yang terbaik dalam hidup kita.Gunakan sebaik mungkin detik-detikRamadhan tanpa sedetik pun kita lalui dengan amalan yang sia-sia.

Dari Abu Hurairah RA bahwa Nabi SAW bersabda: ‘Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:
1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi.
2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.
3. Setiap hari Allah menghias syurga-Nya sambil berkata, ‘Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.’
4. Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.
5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?’ Beliau menjawab, ‘Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.’ (H.R Ahmad)

Sempena bulan yang penuh barakah ini, MMTanta mengucapkan 'Selamat Menyambut Ramadhan' kepada semua warga MedicMesir, ibubapa di Malaysia, pegawai-pegawai kedutaan ,pegawai-pegawai rumah negeri dan seluruh umat Islam samada di Mesir mahupun di Malaysia

Pengerusi MMTanta
Ahmad Samhan Awang
+60145060203

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.