Friday, August 5, 2011


Salam All...

Bersyukur kita kepada Illahi kerana telah diberikan peluang untuk sekali lagi bersama-sama menempuhi bulan Ramadhan yang mulia ini. Bulan Ramadhan membawa 1001 kelebihan,hikmah dan manfaat kepada mereka yang mencarinya. Oleh itu gabungan unit2 MMtanta membawakan program Virtue of Ramadhan dengan moto In "The Spirit Of Ramadhan" iaitu sebuah program seharian untuk menghayati semangat dan untuk memperolehi barokah bulan mulia ini. Berikut adalah tentatif dan maklumat program:

Tarikh: Sabtu 6 Ogos 2011
Tempat: Academic Center(AC) MMtanta
Masa: Bermula dari jam 1.00 tengahhari sehingga 10.00 malam
Tentatif:

1.00 Memasak makanan iftar bersama2
4.00 Berkumpul
4.30 Pengisian "Ihya Ramadhan"
6.00 Bacaan Azkar Shugra bersama2
7.00 Solat Maghrib Berjemaah
7.15 Iftar Jamaie
8.30 Solat Isyak dan terawih Jamaie
10.00 Jamuan Ringan(Moreh)

Penceramah Program: Ustz Hannan Aminuddin Kuliah Usuluddin Dumiyat Gadid
Imam Terawih: Ustz Hakim Hamidon Kuliah Syariah Dumiyat Gadid

Diharap semua warga tanta dapat meraikan majlis ini.

Rasulullah bersabda :“Sekiranya manusia mengetahui kebajikan yang terkandung dalam Ramadan itu, tentulah mereka mengharap-harap supaya Ramadan berlaku sepanjang tahun.” (Hadis riwayat Ibnu Abid Dunya).

Unit Ramadhan
MMtanta

1 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.