Tuesday, September 27, 2011

Assalamuaalaikum

Alhamdulillah,rombongan pertama Ahlan Misr'11 telah selamat tiba di Lapangan Terbang Kaherah pada 12.30pm(27 September) yang diiringi oleh Pak Ngah selaku ketua rombongan dan Ikrimah.Rombongan ini terdiri daripada 52 orang pelajar(Iskandariah) dan 5 orang pelajar(Tanta).

Rombongan ini telah disambut oleh Ustaz Haris dan Akhi Faisal selaku penasihat Ahlan Misr'11 dan dibantu oleh wakil pelajar dari Iskandariah dan Tanta.Kami menyambut dengan rasa gembira dan bersyukur kerana Allah telah mempermudahkan perjalanan mereka dan mereka telah selamat menjejakkan kaki di bumi anbia' ini.

Dari raut wajah mereka tergambar rasa gembira dan bangga kerana mereka telah melangkah ke alam yang baru untuk bergelar mahasiswa dan mahasiswi. Semangat dan azam baru yang dibawa dari Malaysia tergambar dan kami turut merasainya.Semoga segala pesanan dari ayah dan ibu tidak akan dilupakan demi mencapai cita-cita yang menggunung tinggi.

Tepat pada pukul 2.30pm,rombongan Iskandariah dan rombongan Tanta telah bergerak ke destinasi masing-masing.Kelihatan adik-adik keletihan kerana mengharungi perjalanan yang panjang dan mereka terlelap sepanjang perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 4jam untuk Iskandariah dan 2 jam ke Tanta.

MMTanta mengucapkan ribuan terimakasih kepada Ust Haris, akhi Faisal dan semua wakil muhafazah yang menguruskan ketibaaan pelajar baru dan tidak dilupakan juga kepada Ummi dan wakil MM dari Malaysia yang menguruskan pelepasan pelajar-pelajar ke Mesir.Semoga Allah membalas segala pengorbanan kita semua.

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.