Friday, September 30, 2011

(29 September), rombongan ke-2 pelajar Tahun 1 Tanta telah selamat tiba di Lapangan Terbang Cairo dengan diiringi oleh saudara Izzuddin Azaharuddin dan saudari Nurul Izzati Mohd Arif dari Malaysia. Pelajar seramai 50 orang yang terdiri daripada 19 ikhwah dan 31 akhawat disambut gembira oleh ahli AJKT Ahlan Misr’11, Ustaz Haris dan Akhi Faisal.

Disebabkan berlaku sedikit kesulitan semasa urusan berkaitan barang-barang(bagasi) pelajar, rancangan untuk membawa adik-adik baru melawat Piramid Giza terpaksa dibatalkan. Jam menujukkan hampir 3.30 petang sejurus selepas urusan barang-barang selesai dan rombongan mula bertolak menuju ke Tanta.

Sekali lagi,perjalanan menjadi agak sukar kerana terperangkap dalam kesesakan jalan raya di Cairo. Namun begitu, dalam tempoh tersebut,para pelajar selamat menjamu makanan yang telah disediakan oleh pihak AJK terlibat.Di kesempatan ini juga,para pelajar dapat melihat permandangan di sekitar bandar Cairo dan sedikit sebanyak mula mengenali ragam kehidupan di Mesir yang sebenarnya.

Alhamdulillah, rombongan selamat tiba di Academi Center (AC) saat laungan azan isyak bergumandang di bumi Tanta pada pukul 7 petang dan disambut oleh AJK Ahlan Misr '11 dengan senyuman. Pengarah program ,saudara Azizul Hakim bin Mahdi serta saudara Izzuddin Azaharuddin sempat memberikan sedikit taklimat ringkas kepada pelajar- pelajar berkenaan aspek kehidupan pelajar di Tanta dan pembahagian rumah mengikut mushrif dan mushrifah masing-masing. Usai sahaja berkenalan bersama musrif dan musrifah,adik-adik menjamu makan malam sebelum pulang ke rumah yang ditetapkan.

Kita hanya membuat perancangan,namun yang sebenarnya akan melaksanakan perancangan tersebut hanyalah Allah S.W.T. Sedangkan Rasullullah pun diuji hebat dalam perjuangan baginda,lagikan kita umat baginda yang biasa sahaja. Segala kesulitan yang dialami pada hari ini bakal menjadi pencetus kepada kami untuk membuat yang lebih baik pada masa akan datang,InsyaAllah. Jutaan terima kasih sekali lagi kepada Ustaz Haris dan Akhi Faisal serta semua AJK yang terlibat dalam sambutan pelajar pada hari ini.Tidak lupa juga kepada Ummi.Semoga hari esok lebih baik.

InsyaAllah.


Unit Media Dan Publisiti

Ahlan Misr '11

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.