Wednesday, October 5, 2011







4 Oktober : Para pelajar mula bersarapan pagi pada pukul 6.00 pagi. Pada pukul 7.30 pagi, Pengisian bertajuk ‘Syukur’ dijalankan.Penceramah bebas dari Malaysia iaitu Ustazah Arpah dijemput khas untuk mngisi slot pengisian pada hari ini.Ceramah syukur tamat pada pukul 9.30 pagi.Objektif penceramah adalah supaya anak-anak dapat menerapkan rasa syukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan dan nikmat yg terbesar adalah Islam dan iman.Pelajar juga diberi kefahaman tentang nikmat dapat belajar di bumi anbia ini.

Program berhenti rehat selama setengah jam.Setelah itu,program diteruskan lagi dengan pengisian As-Sidqu yang juga dikendalikan oleh Ustazah Arpah.Ceramah berlangsung selama 2 jam.Objektif adalah supaya anak-anak dapat memahami dan mengamalkan sifat benar dalam kehidupan seharian.Pelajar dilepaskan untuk rehat,solat Zuhur dan makan tengah hari pada pukul 12.00 tengah hari.

Acara lakonan dijalankan dari pukul 2 hingga 4 petang. Aktiviti untuk ikhwah dan akhawat dijalankan secara berasingan.Dalam aktiviti ini,kreativiti para peserta dapat dilihat menerusi persembahan-persembahan pelajar yang menarik dan mencuit hati,baik ikhwah mahupun akhawat.Semua peserta memberi kerjasama yang sangat baik.

Untuk penerimaan pelajar pada hari ini,unit pendaftaran mencatatkan seramai 24 pelajar yang terdiri daripada 6 orang ikhwah Tanta, 3 orang ikhwah Alexandria dan 15 orang akhawat Tanta.Rombongan yang diiringi oleh saudara Hamizan dan saudara Azman selamat tiba di bumi Tanta pada pukul 4.30 petang Walaubagaimana pun,rombongan kali ini mengalami masalah bagasi dan sebilangan bagasi pelajar belum sampai di Lapangan Terbang Cairo.InsyaAllah,setelah mendapat makluman daripada pegawai di Lapangan Terbang Cairo,saudara Hamizan akan membawa semula para pelajar untuk menuntut barang-barang mereka.

Semua pelajar balik ke rumah masing-masing dan bersiap untuk satu lagi slot pengisian iaitu slot bertajuk ‘Matlamat Hidup’ yang sekali lagi dikendalikan oleh Ustazah Arpah.Objektif penceramah adalah supaya anak-anak tahu apa matlamat hidup yang sebenar dan tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini.Ustaah juga member semangat supaya anak-anak tidak mengecewakan harapan ibubapa yang telah banyak berkorban sehingga ke jhari ini.Para pelajar bersurai tepat pada pukul 10.30 malam.

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.