Saturday, October 8, 2011






5 Oktober: Hari demi hari, sedar tidak sedar, program Ahlan Misr ’11 sudah sampai kemuncaknya. Hari ini merupakan hari terakhir bagi program ini berlangsung namun para pelajar tetap kelihatan bersemangat untuk meneruskan aktiviti seterusnya. Mereka berkumpul di Acedemic Centre seawal 6.15 untuk menikmati sarapan istimewa mereka iaitu Nasi Lemak yang disediakan oleh team unit makanan yang diketuai oleh Hidayat.

Apabila jam menunjukkan jam 8 pagi, mereka mula dengan aktiviti pengisian mereka dengan aktiviti LDK. Aktiviti ini telah memberi impak yang positif kepada para pelajar apabila mereka boleh mengulas, memberi idea serta meringkaskan pengisian tentang matlamat hidup yang diberi oleh Ustazah Arpah semalam. Tambahan pula bukan sekadar profession Doktor semata-mata adalah matlamat hidup mereka, malah mereka juga ingin mencari serpihan-serpihan yang tersembunyi dalam merungkai seribu solusi didalam usaha untuk mendapat kecintaan dan keredhaan Allah s.w.t. Dalam LDK ini juga telah mengajar sedikit sebanyak tentang nilai syukur yang perlu diterapkan kepada setiap pelajar memandangkan peluang untuk belajar perubatan atau pergigian di bumi Mesir ini tidaklah semudah yang disangkakan.

Apabila jam 10, para pelajar memulakan aktiviti mereka yang seterusnya iaitu pengisian dari Ustazah Arpah yang bertajuk ‘Ukhuwah Islamiayah’.Ustazah cuba menerapkan betapa penting ukhuwah diantara para pelajar.Kemanisan ukhuwah yang cuba dikongsi oleh ustazah agar para pelajar bersatu dan saling berkasih saying seperti ahli keluarga sendiri memandangkan keluarga berjauhan.Pelajar juga member respon yang baik dan banyak bertanya untuk lebih faham maksud sebenar ukhuwah fillah.

Mereka diberi masa 1 jam untuk pengurusan diri dan kembali ke Academic Centre pada jam 1.30 petang untuk menikmati makanan tengah hari mereka iaitu Nasi berlaukkan kari daging. Tepat jam 2.30 petang mereka teruskan dengan slot pengisian mereka iaitu Ceramah tentang Resolusi yang disampaikan oleh Ustaz Aadtif. Walaupun mereka kelihatan penat dan letih, namun mereka cuba untuk mencari isi-isi yang tersembunyi disebalik pengisian yang cuba disampaikan oleh penceramah.Penceramah juga memberi contoh yang senang difahami disamping menyelit lawak jenaka.

Apabila jam 3.30 keadaan Acedemic Centre yang sunyi, penat dan keletihan kembali dipenuhi dengan gelak ketawa dan perbincangan apabila senior Azizul Hakim Mahdi menyampaikan pengisian beliau tentang ‘Time Management’. Pengisian ini sedikit sebanyak telah menjadi rujukan serta pedoman kepada para pelajar dalam menguruskan masa dengan efektif sebagai seorang pelajar perubatan di Tanta. Tambahan pula, saudara Hakim juga telah mengkongsikan beberapa kisah yang dialami supaya dapat dijadikan pengajaran serta tauladan kepada para pelajar. Tepat pada pukul 4.30 mereka diberi masa untuk pengurusan diri dan kembali ke AC pada jam 7 petang untuk juadah makan malam seterusnya menghadiri majlis penutup Ahlan Misr 2011.

Majlis penutup Ahlan Misr 2011 telah berlangsung dengan begitu lancar sekali, majlis ini juga diserikan lagi dengan kehadiran Ustazah Arpah dan Ustaz Atif sebagai tetamu kehormat. Penyampaian hadiah disampaikan kepada peserta-peserta yang berjaya menjadi juara dalam aktiviti yang disediakan. Tidak lupa juga dengan persembahan video oleh Erham Jonoh yang telah mengimbau kembali aktiviti-aktiviti sepanjang Ahlan Misr ’11.Semestinya adik-adik akan merindui setiap detik AM’11 setelah berakahirnya program ini.AJK AM’11 telah membuat 1 kejutan kepada Azizul Hakim(Pengarah AM’11) dan Izzuddin(Pengisian AM’11) dengan menyanyi lagu Selamat Ulangtahun dan acara memotong kek.AM’11 ditutup dengan nyanyian lagu tema ‘Satu Tekad’ yang penuh bersemangat.

Salam penghormataan kepada pihak Kedutaan yang sanggup merasmikan program AM’11,pihak Universiti Tanta dan pihak medicmesir(Pak Ngah) . Salam sayang dari kami AJK AM’11 kepada UMMI yang tidak putus-putus member sokongan kepada kami untuk menjayakan AM’11 dan jutaan terima kasih kepada AJK pelaksana program Ahlan Misr 2011 yang bersusah payah untuk menjayakan program ini dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Unit Pendaftaran & Publisiti

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.