Sunday, October 2, 2011

30 September : Rombongan ke-3 pelajar baru MedicMesir Tanta seramai 16 orang ikhwah dan 38 orang akhawat selamat tiba di Lapangan Terbang Cairo lebih kurang pukul 3 petang tadi.Rombongan yang diiringi oleh Siti Maisarah Binti Razali, Kausar Binti Mohd Rodzi, Aiman Abdul Latiff dan ‘Afif Abdul Latif disambut mesra oleh AJKT Ahlan Misr ’11, Ustaz Haris .Sekali lagi,rancangan untuk membawa adik-adik melawat Piramid Giza terpaksa dibatalkan kerana penerbangan mereka dari Bahrain ditangguhkan hampir 3 jam.

Untuk rombongan kali ini, MM menggunakan khidmat tremco dan bas untuk mengangkut pelajar ke Tanta. Pelajar yang menaiki tremco bertolak menuju ke Tanta pada pukul 4.30 petang manakala pelajar yang menaiki bas mula bergerak pada pukul 5.30 petang.

Alhamdulillah, perjalanan hari ini dimudahkan Allah.Tremco tiba di Tanta pada pukul 7.30 petang.Pada pukul 9 malam,bas yang dinaiki pelajar juga selamat tiba di Tanta.Selepas solat berjemaah,pelajar diberi taklimat ringkas yang disampaikan oleh pengarah program,saudara Azizul Hakim bin Mahadi. Sambutan pelajar pada hari ini diakhiri dengan pengagihan makanan kepada pelajar.

Proses sambutan pelajar pada hari ini lebih lancar berbanding sebelum ini.Jutaan terima kasih kepada Ustaz Haris, AJKT Ahlan Misr ’11 dan UMMI. Tidak lupa juga kepada individu-individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam acara sambutan pelajar pada hari ini. Semoga segala usaha kita diterima dan diredhai Allah.

‘’Sesungguhnya, bersama kesulitan ada kemudahan.”

(Al Insyiroh [94]: 5-6).

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.