Saturday, October 8, 2011

Assalamualaikum wbth,

1. TAHNIAH kepada semua yang BERJAYA melangkah naik ke Tahun 2. Alhamdulillah ! Kita doakan agar semuanya akan NAJJAH cemerlang tahun ini juga. TAHNIAH juga untuk mereka yang BERJAYA mendapat tajaan JPA.

2. Posting ini menjawab kepada rombakan kelas Tahun 2 (maaf, tak berapa pasti sumber mana). Ummi telah mendapatkan kepastian dari pihak Dean , Vice Dean dan Koordinator Pelajar Malaysia, Prof Dr Howaida dan dimaklumkan bahawa pihak tertinggi universiti tidak ada mengarahkan sebarang rombakan kelas.

Oleh itu, kelas Tahun 2 2011/12 kekal sepertimana Tahun 1 2010/11 iaitu Kelas A, B dan D. Universiti telah bersetuju untuk mengadakan 4 kelas untuk Tahun 2. Alhamdulillah.

Sementara menunggu jadual group D keluar, pelajar 2nd wave diminta untuk masukk mana2 kelas A atau B. Universiti berjanji untuk mengeluarkan jadual kumpulan D secepat yang mungkin.

InshaAllah hanya akan berlaku rombakan kecil bagi mempastikan jumlah pelajar didalam kelas A,B dan D sama rata bilangannya. Ini akan dimaklum kemudian oleh pihak universiti. InshaAllah.

3. Mengenai permintaan untuk mengadakan kelas Jom! Mumtaz seperti yang dilakukan tahun lepas. Mohon maaf, bahawa tahun ini, MedicMesir tidak akan mengadakan kelas khas JOM! Mumtaz. Ini adalah kerana, InshaAllah JOM! Mumtaz akan lebih diperluaskan tanpa sebarang rombakan. Hasrat MedicMesir adalah untuk meMumtaz kan seramai mungkin. InshaAllah.

4. Ummi doakan agar tahun ini adalah lebih baik dari tahun lepas. Semoga peningkatan tahap akademik kita selari dengan peningkatan iman dan taqwa kita kepada Allah swt.. Ini bagi menjamin kita menerima latihan yang secukupnya sebelum bergelar 'Muslim Doctor'. InshaAllah...Allahumma Ameen.

Salam,
UmmiMM


0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.