Saturday, October 8, 2011


Assalamualaikum wbth,

Alhamdulillah ! Alhamdulillah ! Alhamdulillah !

1. Syukor semuanya selamat sampai di bumi Tanta dan telah selesai menjalani minggu orientasi yang cukup bermakna. Shukran dan Mabruq kepada seniors yang BERJAYA menyusun progam Ahlan Misr 2011 dibawah kepimpinan Sdr Ahmad Samhan Awang. TAHNIAH ! Semoga ilmu yang diperolehi dari program ini dapat diamalkan supaya kita menjadi Muslim yang Mumtaz disisi Allah swt.

2. Alhamdulillah, Ummi telah diberi mandat oleh pihak Universiti untuk menyusun kumpulan pelajar-pelajar yang datang melalui MedicMesir. Ini adalah kerana jumlah pelajar MedicMesir adalah hampir 3 kali ganda dari pelajar dari pelbagai agensi lain.

3. Pihak Universiti juga telah bersetuju untuk tahun ini dan tahun-tahun akan datang, MedicMesir akan mengambil kelas Abjad yang awal. Oleh itu, untuk tahun ini, MedicMesir ditempatkan di Kumpulan Kuliah A, B dan C yang berjumlah hampir 140 pelajar dan kumpulan kuliah D yang hampir 50 pelajar pelabagai agensi. Oleh itu Kumpulan Kuliah A, B dan C disusun mengikut abjad nama yang di seimbang dengan pelajar lelaki dan perempuan.


5. Semoga dipermudahkan semua urusan. Tanamkan iltizam dan niat untuk sentiasa menjadi pelajar perubatan yang cemerlang disisi Allah swt. Sama-sama kita doakan agar semuanya akan berjaya dan diberi kekuatan oelh Allah swt. Ameen.

Salam,
UmmiMM


0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.