Saturday, January 14, 2012

Assalamualaikum dan salam imtihan.

Seperti yang semua sedia maklum, awal Januari dan Februari merupakan bulan peperiksaan bagi pelajar-pelajar di bumi barakah ini. Di kesempatan ini, pihak MedicMesir Tanta ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan pertengahan tahun bagi pelajar-pelajar pre-dental Universiti Tanta yang akan bermula pada 14 Jan hingga 23 Jan 2012 ini.

Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran menempuh peperiksaan pertama dalam suasana musim sejuk di bumi Tanta ini, diharap semoga adik-adik dapat memberikan fokus yang maksimum dan usaha yang berterusan bersama tawakal yang tiada penghujung kepada Allah swt.Banyakkan berdoa dan jangan lupa untuk memohon restu daripada ayah, ibu dan keluarga di Malaysia.Kami sama-sama mendoakan agar Allah memudahkan urusan dan mengembalikan apa yang sudah dihafal ketika menjawab peperiksaan nanti.Semoga dengan usaha yang telah dibuat akan mendapat keputusan yang cemerlang dan membanggakan ayah, ibu serta keluarga yang menaruh harapan menggunung tinggi.Ameen

"Ketika dua golongan dari pihak kamu ingin(mundur) kerana takut, padahal Allah adalah penolong mereka.Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal"
(Ali Imran : 122)

Berikut adalah jadual peperiksaan pertengahan tahun bagi pred-dental

Sabtu (14 Jan 2012, 10.30am)- Dental Biomaterials
Isnin (16 Jan, 10.30am)- Dental Morphology
Selasa (17 Jan, 10.30am)- Dental Anatomy
Rabu (18 Jan, 10.30am)- General Histology
Sabtu (21 Jan, 10.30am)- Chemistry org inorg physics
Ahad (22 Jan, 10.30am)-Zoology
Isnin (23 Jan, 10.30am)- Physics Statistic


Pengerusi MedicMesir Tanta
Ahmad Samhan Awang

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.