Monday, January 9, 2012


Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah, pejam celik sudah hampir 4 bulan pelajar Tahun 1 Perubatan dan Predental sudah memulakan kehidupan di Bumi Tanta ini. Kehangatan peperiksaan pertengahan tahun juga sudah mula terasa. Oleh yang demikian, Unit Aktiviti Luar dan dengan kerjasama Unit Sukan ingin mengadakan lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kaherah di Cairo International Conference Center (CICC).

Suasana pesta buku di Mesir ternyata berbeza berbanding di Malaysia memandangkan tempatnya yang jauh lebih luas dari PWTC di Kuala Lumpur. Dengan ini, para pelajar dapat melihat dan membeli pelbagai jenis buku untuk menghadapi peperiksaan yang semakin hampir.

Memandangkan tapak Pesta Buku Antarabangsa Kaherah amat berdekatan dengan International Bowling Center (IBC), Unit Sukan juga ingin menganjurkan pertandingan Bowling setelah para peserta penat lelah berjalan sepanjang di Pesta Buku nanti. Dengan ini, para peserta terutamanya golongan junior dan senior dapat mengeratkan lagi ukhuwah dan semangat berpasukan sambil merehatkan diri untuk mengulangkaji pelajaran dengan lebih bersemangat selepas lawatan ini.

Program satu hari ini dijalankan dengan harapan agar para peserta dapat menggunakan masa yang ada untuk mencari sumber tambahan ilmiah agar dapat melahirkan golongan doktor yang serba tahu dan pakar dalam bidang masing-masing satu hari nanti.

Kepada yang berminat, aktiviti ini terbuka kepada semua.

Tempat : Cairo International Conference Center (CICC ), International Bowling Center (IBC)

Tarikh : 27 Januari 2012 (Akhawat)

28 Januari 2012 (Ikhwah)

Bayaran : LE 45 (termasuk yuran kemasukan, permainan, makanan tengahari dan malam)

Sebarang pertanyaan : 011-7409378 Faezah (Akhawat)

011-1195484 Arham (Ikhwah)

Borang penyertaan boleh diisi di sini.

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.