Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah pada 6 Oktober 2012, hari ketiga Ahlan Misr dimulakan dengan solat Subuh dan diteruskan dengan sarapan pagi.Selepas itu aktiviti pertama dimulakan dengan debat perdana antara pelajar lelaki dan perempuan.Program ini mendapat sambutan yang hebat daripada para pelajar.Tajuk yang telah diberikan untuk debat mereka adalah 'Isu Pembuangan Bayi, Salah Perempuan'.Perdebatan para pelajar yang sangat hebat berjaya memanaskan Academic Centre Medic Mesir.
|
Barisan akhawat |
|
Barisan ikhwah
|
Selepas itu aktiviti diteruskan dengan ceramah tentang Islam dan Perubatan yang banyak memberi iktibar dan kepentingan untuk para pelajar belajar perubatan yang saling berhubung kait dengan Islam.
|
Ceramah Islam dan Perubatan |
Pada sebelah petang Baiti Jannati diadakan untuk para pelajar untuk membantu menyediakan diri untuk hidup bersama-sama sahabat di perantauan.Dalam slot ini para pelajar diberikan masalah yang mungkin wujud dalam sesebuah rumah itu dan diminta mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya untuk masalah tersebut secara berkumpulan.
|
Baiti Jannati-ikhwah |
|
Baiti Jannati-akhawat |
Selepas Asar aktiviti diteruskan dengan slot pengenalan usrah oleh Ustaz Haris dan isterinya.Para pelajar diberi pendedahan tentang tujuan hidup di dunia ini dan kepentingan untuk berusrah demi kemajuan Islam.
|
Ustaz Haris dan isterinya
|
Majlis penutupan Ahlan Misr diadakan pada sebelah malamya.Sesi penyampaian hadiah juga diberikan kepada para peserta yang berjaya.Video penutup turut ditayangkan kepada semua pelajar tentang aktiviti yang berlaku sepanjang program Ahlan Misr diadakan.Alhamdulillah program Ahlan Misr 2012 telah berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat.
|
Sesi penyampaian hadiah |
Disediakan oleh,
Pengarah Ahlan Misr 2012
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.