Friday, October 19, 2012

Assalamualaikum w.b.t

  Alhamdulillah pada 5 Oktober 2012 yang lalu telah selesai program Ahlan Misr 12 untuk hari kedua.
Aktiviti pada hari tersebut dimulakan seawal jam 4.30 pagi dengan solat Subuh.Setelah sarapan pagi semua pelajar bergerak beramai-ramai bersama-sama musyrif dan musyrifah masing-masing ke stadium Tanta.


Ikhwah


Akhawat

Aktiviti di stadium bermula pada pukul 7.30 pg dengan senaman aerobik yang diketuai oleh senior,kemudian diteruskan dengan beberapa permainan yang bertujuan untuk mengeratkan ikatan silaturrahaim yang terbina di kalangan para pelajar.Semoga riadah yang telah dirancang ini berjaya mencapai matlamatnya bagi para pelajar tahun 1.Program riadah tersebut tamat pada pukul 10.30 pagi dan semua pelajar bertolak pulang ke rumah masing-masing.Semasa pelajar lelaki solat Jumaat, pelajar perempuan diberi pendedahan awal tentang seni mempertahankan diri dalam slot 'Jom Defend'.

Pada sebelah petangnya, semua pelajar dibawa melawat dan membeli barang keperluan di sekitar Tanta.Setiap pelajar keluar mengikut rumah masing-masing bersama-sama musyrif dan musyrifah yang telah ditetapkan.

Setelah selesai makan malam dan solat Maghrib,forum sharing experience bersama dua orang pelajar perubatan tahun 6 diadakan.Keduanya-duanya banyak memberikan tip dan berkongsi pengalaman mereka selama 6 tahun mereka berada di sini.

Sharing Experience


Disediakan oleh,
Pengarah Ahlan Misr 2012



0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.