Monday, October 1, 2012

                                             


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah kumpulan kedua pelajar tahun satu telah selamat tiba ke bumi Anbiya pada pukul 5.30 pagi pada 29 September 2012.Ketibaan pelajar-pelajar seramai 19 orang lelaki dan 40 orang perempuan disambut oleh ahli jawatankuasa Ahlan Misr 2012 yang bertugas untuk menyambut ketibaan pelajar tahun 1 di Cairo International Airport.

Setelah selesai segala urusan di lapangan terbang, rombongan tersebut bertolak ke Giza pada pukul 8.30 pagi.Mereka tiba di Giza pada pukul 9 pagi.

Selepas itu rombongan tersebut bertolak pulang ke Tanta dan selamat tiba ke Tanta pada pukul 11.30 pagi.

Cairo International Airport

Setelah tiba di Tanta, para pelajar dibawa ke Academic Centre Medic Mesir untuk pendaftran dan taklimat ringkas oleh Pengarah Ahlan Misr 2012.Kemudian semua pelajar diagihkan mengikut rumah yang telah disediakan.Buat masa ini para pelajar berada di bawah jagaan musyrif dan musyrifah yang telah ditetapkan mengikut rumah masing-masing.

Disediakan oleh,
Pengarah Ahlan Misr 2012

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.