Wednesday, October 3, 2012


Assalamualaikum w.b.t

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan terhadap Allah s.w.t kerana kumpulan ke-3 pelajar-pelajar tahun 1 telah selamat tiba ke bumi Mesir yang penuh barakah ini.Mereka bertolak dari KLIA pada pukul 10 malam waktu Malaysia dan tiba di Cairo International Airport pada pukul 5.30 pagi waktu Mesir.

Setelah tiba di lapangan terbang,semua pelajar dibenarkan untuk solat subuh manakala barang-barang mereka diletakkan di dalam lori khas yang akan membawa barangan pelajar terus ke Tanta.

Para pelajar pula dibawa ke Masjid Azhar pada pukul 8.30 pagi.Semua pelajar dibawa melawat sekitar Masjid Azhar dan bersarapan pagi di sana.Pada pukul 9.30 pagi mereka bertolak pulang ke Tanta dan tiba di Tanta pada pukul 11.30 pagi.

Pelajar-pelajar ini disambut oleh ahli jawatan kuasa yang bertugas di Tanta.Setelah selesai pendaftaran para pelajar, mereka diberi taklimat ringkas oleh penasihat program Ahlan Misr 2012, saudara Azizul Hakim Mahdi.Kemudian pelajar-pelajar diagihkam mengikut rumah.

lawatan ke Masjid Azhar


Disediakan oleh,
Pengarah Ahlan Misr 2012

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.