Thursday, January 24, 2013


Bismillahirrahmanirrahim




TANTA (Khamis, 24 Januari 2013) - Alhamdulillah, satu forum perdana telah dianjurkan oleh Medic Mesir Tanta bertempat di Academic Centre 2, Imarah Medic Mesir Tanta. Forum yang bertemakan "Kejayaan di sebalik Sunnah" ini telah dipengerusikan oleh Muhammad Aiman Nizar dan dihadiri oleh barisan panel yang mantap iaitu Dr Izzudin Azaharuddin, pelajar jurusan perubatan tahun 4, Tanta University dan Dr Muhammad Adnin Md Rashid, pelajar jurusan perubatan. tahun 3, Tanta University.

Acara dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, seterusnya makan malam sempena tamat peperiksaan pertenghan tahun. Selepas itu, forum pun bermula.

Setelah forum berakhir, pihak penganjur menyampaikan hadiah kepada ahli panel. Seterusnya, slot persembahan mengambil tempat. Dr Siti Hawa Sazali telah menyampaikan sebuah sajak diikuti oleh persembahan nasyid oleh kumpulan Arythmia.

Kemudian, Pengerusi Medic Mesir Tanta, Muhammad Hazwan memberi ucapan sempena perasmian program Baiti Jannati. Program tersebut kemudian dirasmikan oleh Ummi Medic Mesir, Pn Siti Haniza.

Program berakhir pada jam 10 malam. Jutaan terima kasih buat semua yang sudi hadir ke majlis sambutan maulidurrasul ini. Semoga kita semua dapat mengambil tauladan yang baik daripada pengisian program ini.









0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.