Tuesday, January 8, 2013

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullah wa barakatuh. Alhamdulillah tahun 2012 telah selamat melabuhkan tirainya dengan pelbagai kisah suka dan duka dan tahun 2013 telah seminggu dimulakan dengan semangat berkobar-kobar berserta azam yang kuat dalam diri setiap pelajar di bumi Tanta khususnya dan para pelajar di bumi Kinanah ini amnya.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, permulaan tahun baru akan 'disambut' dengan musim imtihan oleh para pelajar Sains Kesihatan dan Pengajian Islam di bumi Anbiya' ini. Satu pembaharuan daripada pihak pengurusan Universiti Tanta iaitu mengadakan peperiksaan Pertengahan Penggal (Mid Term) sebelum cuti musim sejuk bermula lalu memberi semangat dan nafas baru kepada para pelajar untuk melakukan yang terbaik di dalam peperiksaan agar dapat memberikan diri masing-masing ganjaran atas segala usaha dan mujahadah yang dilakukan sepanjang tempoh peperiksaan.

Di kesempatan ini, saya mewakili barisan kepimpinan dan warga Medic Mesir Tanta ingin mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA dan SALAM MUJAHADAH kepada semua pelajar perubatan dan pergigian (yang sudah memulakan peperiksaan beberapa hari lepas) di bumi Mesir ini. Semoga segala usaha dan pengorbanan yang dilakukan sepanjang tempoh peperiksaan ini mendapat hasil yang terbaik. Ikhlaskan niat sebelum, semasa dan selepas menelaah pelajaran, semoga keberkatan ilmunya kita sama-sama peroleh.

Berikut merupakan jadual imtihan mengikut tahun :

PRE DENTAL : (10.00-11.00 AM)

3/1/2013 - DENTAL MATERIAL
5/1/2013 - ZOOLOGY
6/1/2013 - GENERAL ANATOMY
9/1/2013 - PHYSICS
10/1/2013- GENERAL HISTOLOGY
12/1/2013 - DENTAL MORPHOLOGY
14/1/2013 - CHEMISTRY

FIRST YEAR DENTAL : (10.00-11.00 AM)


3/1/2013 - GENERAL PHYSIOLOGY
5/1/2013 - DENTAL MATERIAL
6/1/2013 - MICROBIOLOGY
9/1/2013 - ORAL BIOLOGY
10/1/2013- BIOCHEMSTRY
12/1/2013 - GENERAL PATHOLOGY
14/1/2013 - ANATOMY

FIRST YEAR MEDICINE : (10.00 AM)

13/1/2013 - PHYSIOLOGY
16/1/2013 - BIOCHEMISTRY
20/1/2013 - ANATOMY
23/1/2013 - HISTOLOGY

SECOND YEAR MEDICINE : (10.00 AM)

14/1/2013 - PHYSIOLOGY
17/1/2013 - BIOCHEMISTRY
21/1/2013 - ANATOMY
24/1/2013 - HISTOLOGY

THIRD YEAR MEDICINE : (12.30 PM)

13/1/2013 - PHARMACOLOGY
16/1/2013 - PARASITOLOGY
20/1/2013 - PATHOLOGY
23/1/2013 - MICROBIOLOGY

"NEVER GIVE UP ON WHAT YOU REALLY WANT TO DO. THE PERSON WITH BIG DREAMS IS MORE POWERFUL THAN ONE WITH ALL THE FACTS" - ALBERT EINSTEIN



Sekian, wassalam.

Muhammad Hazwan bin Muhamidi,
Pengerusi,
Medic Mesir Tanta Sesi 2012/2013







0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.