Jutaan terima kasih yang tak terhingga juga diucapkan kepada Ummi Medic Mesir, Puan Siti Haniza yang telah menaja sepenuhnya jaulah ini bagi pelajar yang menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan. Berikut merupakan sedikit perkongsian perjalanan Jaulah OYEAH! Matrouh & Siwa 2013.
Hari Pertama, 29/1/2013
Jaulah OYEAH! ini telah disertai oleh 52 orang ikhwah dan 88 orang akhawat. Para peserta telah berkumpul di imarah MM pada jam 9 malam untuk mendapatkan sesi taklimat keselamatan dan penerangan tentatif serta kempen yang diberikan oleh Unit Protokol dan Pengisian ,saudara Mohd Shafri dan saudari Farah Asyiqin pelajar Tahun 2 Perubatan.
Para peserta juga telah diberikan pamplet mengenai sejarah tempat-tempat yang akan dilawati sepanjang jaulah. Antara kempen yang diadakan ialah Clean & Clear, Jom! Stalk Dia dan Osem Picture .
- Tajdid niat
- Clean & Clear : Beristighfar 100x sepanjang perjalanan
- Jom! Stalk Dia : Berkenalan dengan sahabat yang tidak dikenali.
- Osem Picture : Mengambil gambar mengikut kumpulan di kawasan yang dilawati.
Perjalanan jaulah telah dimulakan pada jam 12 malam dengan 3 buah bas.
Hari Kedua, 30/1/2013
Setibanya di Matrouh pada jam 8.30 pagi, urusan check in hotel telah dibuat dari perjalanan selama 6 jam di dalam bas. Para peserta diberi peluang untuk berehat secukupnya.
Tempat pertama yang dilewati oleh para peserta adalah Pantai Cleopatra pada jam lebih kurang 2 petang. Para peserta telah dibawa melihat hamam Cleopatra(tempat mandi). Belakang hamam Cleopatra adalah kawasan paling merbahaya kerana batunya yang licin,curam dan ombak yang begitu kuat. Juga terdapat kesan pahat di dinding hamam.
Seterusnya, para peserta dibawa ke Pantai Agibah. Pantai ini dinamakan sebegitu kerana keindahan pantainya yang menghijau dan membiru. Sesiapa yang melihatnya pasti berasa kagum kerana lautnya mempunyai tujuh warna berlapis apabila dilihat pada waktu menjelang senja. Sepanjang aktiviti di persisiran pantai, para peserta telah menikmati pemandangan laut yang sangat menarik. Tak henti-henti mereka berzikir. Subhanallah, kejernihan laut ini amat menakjubkan dan memukau mata yang memandang.
Rombongan kami tidak berkesempatan untuk menyaksikan tujuh warna berlapis tersebut, akan tetapi Allah S.W.T menghadiahkan kami 7 warna pelangi yang indah . Aktiviti pantai di jalankan seperti bola sepak dan bola beracun bagi mengisi waktu selama 2 jam setengah di pantai.
|
|
Pada malam hari pula, para peserta dibawa bersiar-siar ke Pekan Matrouh mengikut kumpulan yang dibimbingi oleh fasilitator masing-masing. Pekan Matrouh menjadi pilihan bagi menggantikan Pasar Libya yang sepatutnya dituju. Pasar Libya tersebut baru sahaja terbakar dan dalam proses membaikpulih. Di sini para peserta membeli bekalan untuk meneruskan ekspedisi untuk keesokan hari.
Hari Ketiga, 31/1/2013
Hari ketiga jaulah dimulakan dengan solat Subuh berjemaah di bilik hotel dan diikuti dengan maathurat yang diketuai oleh fasilitator masing-masing. Seusai sarapan pagi, para peserta ikhwah dan akhawat telah bersedia untuk bertolak ke Siwa pada jam 8 pagi. Perjalanan ke Siwa mengambil masa 4 jam dari Matrouh dan akan menuju ke sekitar tempat di Siwa . Antaranya ialah Jabal Mouta , Kuil Amon , dan Kolam Cleopatra pada sebelah petang.
Destinasi pertama di Siwa ialah Jabal Mouta. Tempat ini adalah sebuah bukit batu yang ditebuk menjadi kuburan. Makam Si Amon, Raja Greek berketurunan firaun adalah satu-satunya yang dijaga rapi. Bumbung dan dinding makam dipenuhi lukisan bercirikan Tamadun Yunani dengan pengaruh dari Tamadun Firaun. Dari puncaknya, dapat dilihat pemandangan seluruh Siwa. Para peserta dikehendaki untuk membayar sejumlah 15 l.e untuk naik ke puncak.
Setiba di puncak, angin bertiup disertakan dengan pasir yang kuat sudah cukup membuatkan para peserta merasai ala-ala adegan Tetanic diatas kapal . Kawasan puncak yang kecil tidak mengizinkan kami untuk berlama dipuncak bagi memberi peluang rakan-rakan yang lain untuk berada di situ.
Destinasi pertama di Siwa ialah Jabal Mouta. Tempat ini adalah sebuah bukit batu yang ditebuk menjadi kuburan. Makam Si Amon, Raja Greek berketurunan firaun adalah satu-satunya yang dijaga rapi. Bumbung dan dinding makam dipenuhi lukisan bercirikan Tamadun Yunani dengan pengaruh dari Tamadun Firaun. Dari puncaknya, dapat dilihat pemandangan seluruh Siwa. Para peserta dikehendaki untuk membayar sejumlah 15 l.e untuk naik ke puncak.
Setiba di puncak, angin bertiup disertakan dengan pasir yang kuat sudah cukup membuatkan para peserta merasai ala-ala adegan Tetanic diatas kapal . Kawasan puncak yang kecil tidak mengizinkan kami untuk berlama dipuncak bagi memberi peluang rakan-rakan yang lain untuk berada di situ.
Seperti semut pulang ke sarang |
Selepas ke Jabal Mouta, kami berhenti di sebuah Masjid untuk menunaikan Solat Jama' Taqdim. Sementara menunggu jemaah masjid selesai solat, kami diberitahu oleh Ajk bertugas saudari Amal Hanani ,pelajar perubatan Tahun 2 bahawa Kota Lama Siwa dapat dilihat dari luar tingkap.Menurut beliau lagi, sewaktu rombongan 'survey' tempat datang ke Siwa ,mereka tidak dapat menjumpai kota tersebut dan akhirnya rezeki adik-adik pada hari ini Allah pertemukan juga.
Kota Lama Siwa ini mempunyai tinggalan yang unik. Jika Kaum Thamud terkenal dengan sejarah memahat gunung, penduduk Siwa dahulunya adalah kaum yang terkenal dengan kemahiran menukar sebuah bukit kepada sebuah kota yang lengkap dengan tembok pertahanan. Bukit dipahat kerana kedudukannya lebih tinggi untuk mendapatkan bayu laut. Bukankah Siwa itu adalah kawasan padang pasir yang berkedalaman 18 meter bawah laut? Menarik bukan?
Destinasi kedua yang kami lawati adalah Kuil Amon.Kuil ini dibina oleh Raja Ahmose ke-2 (Amasis). Antara tokoh yang terlibat secara langsung dengan kuil ini adalah Cambyses (Raja Paris) yang menyerang Mesir kerana ingin menghukum paderi-paderi di kuil ini kerana menyatakan bahawa malapetaka akan menimpanya. Ketua Sparta, Lysander pernah ke sini untuk merasuah Tuhan Amon yang di sembah di kuil ini. Alexander, pengasas Iskandariah juga pernah kesini.
Para peserta juga dikehendaki untuk membayar sejumlah 15 l.e untuk masuk ke tempat ini yang penuh dengan sejarahnya yang mungkin tidak difahami oleh para peserta. Namun begitu,kita seharusnya mengetahui sejarah, kerana orang yang tidak tahu sejarah akan mengulanginya. Di sini juga adik-adik mendapat pengisian daripada fasi mereka tentang Akhirat dan kematian.
Seterusnya untuk destinasi ketiga , kami dibawa ke Kolam Cleopatra setengah jam daripada Kuil Amon. Tempat ini dinamakan sedemikian sempena kedatangan permaisuri Cleopatra. Setiap pengantin baru akan mandi di situ. Ini adalah satu adat yang dilakukan oleh penduduk Siwa dahulu dan ada yang mengatakan ia masih kekal hingga kini. Kedalaman kolam ini lebih kurang 5 meter. Dikatakan kolam Cleopatra adalah sumber air utama di Siwa dan air kolam itu tidak pernah kering sehingga sekarang.
Tambahan juga, ada 2 kolam satu yang besar 7m dan satu yang kecil 5m. Kami diberi masa 5 minit sahaja untuk melihat kawasan kolam tersebut disebabkan kesuntukan masa untuk melihat 'Sunset' di Jazira Fatmas. Kami hanya berdiri disekeliling kolam dan mengambil gambar kenangan sambil melihat orang-orang Siwa mandi dengan girangnya.
Selepas itu untuk destinasi keempat, kami dibawa ke Jazira Fatmas untuk melihat suasana 'Sunset' disana. Untuk sampai ke sana, kami haruslah melalui ladang kurma yang tebal yang seakan seperti ladang kelapa sawit jika di Malaysia.
Dinamakan Jazira Fatmas kerana terletak di tengah-tengah laut Siwa. Di situ juga terdapat kebun yang terletak di tasik garam. Berhampiran dengannya terdapat sebuah kolam mandi sedalam 7 meter yang lebih dalam dari Kolam Cleopatra. Kolam tersebut menjadi sumber air untuk bekalan kebun disekelilingnya.
Pada malam hari pula, para peserta dibawa ke Pasar Kurma (Suk Adim) mengikut kumpulan yang dibimbingi oleh fasilitator masing-masing. Di sini terdapat pelbagai jenis kurma yang dijual, antaranya kurma yang dibuang biji, kurma coklat, kurma badam dan lain-lain lagi dengan harga yang sangat berpatutan. Juga terdapat pelbagai kedai cenderamata yang boleh dibeli sebagai ole-ole orang tersayang di Tanta dan Malaysia.
Hari Keempat, 1/2/2013
Senaman aerobik (akhawat) dan bola sepak (ikhwah) diadakan pada hari terakhir di Matrouh.
Para peserta diberi kebebasan berada di pantai sebelum berangkat pulang ke Tanta. Alhamdulillah semua selamat sampai tiba pada pukul 10.30 malam.
Senaman aerobik (akhawat) dan bola sepak (ikhwah) diadakan pada hari terakhir di Matrouh.
Para peserta diberi kebebasan berada di pantai sebelum berangkat pulang ke Tanta. Alhamdulillah semua selamat sampai tiba pada pukul 10.30 malam.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas peluang berjaulah dan menyusuri tempat-tempat bersejarah yang ditinggalkan buat kita untuk diambil pengajaran dan ibrah. Semoga Jaulah OYEAH! ini dapat mengeratkan ukhuwah di antara para peserta dan sedikit sebanyak dapat menyediakan kita dalam menjadi Muslim Doktor yang tunduk padaNya. Sekali lagi jutaan terima kasih diucapkan kepada Ummi Medic Mesir, seluruh jawatakuasa pelaksana program, para peserta dan juga semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak. Semoga Allah memberkati jaulah ini dan jaulah ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang. Gambar-gambar jaulah boleh dilihat di Page Facebook Media MedicMesir Tanta.
The world has broken your heart,
but that has leaded you to the path of ALLAH.
The world made blind,
but that Opened Your Eyes And Heart (OYEAH) to ALLAH
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.