Saturday, February 2, 2013

Bismillahirrahmanirrahim




TANTA, Mesir : Pada 2 Februari 2013, MedicMesir Tanta telah menjemput tetamu kehormat iaitu Ustaz Lokman Dato’ Awang. Beliau merupakan perunding Takaful, Latihan & Unit Trust. Beliau telah memberikan beberapa tips yang sangat bermanfaat buat anak-anak MedicMesir yang baru sahaja terdedah dengan kehidupan sebagai seorang pelajar yang hidup di negara orang yang penuh dengan cabaran.

                Beliau menerangkan sebagai seorang pelajar, kita tidak hanya patut fokus untuk cemerlang dalam akademik sahaja tetapi kita harus seimbang dan seiring bagi mendidik diri sebagai seorang pelajar yang tahu mengurus diri terutamanya bab kewangan di negara yang asing ini. Beliau berkongsi ilmu tentang kepentingan perancangan kewangan bukan hanya untuk kehidupan sebagai pelajar tetapi juga untuk masa depan sebagai seorang doctor dan juga sebagai bakal ketua keluarga kelak.

                Beliau memberitahu sedikit sebanyak daripada pengalamannya yang lebih 10 tahun itu bahawa kita perlu ‘Financial Planning’ kita sendiri untuk perlindungan diri. Terdapat 6 elemen penting dalam ‘Financial Planning’ iaitu Cash Flow (Aliran Tunai), Protection (Takaful), Investment (Pelaburan), Zakat dan Tax Planning, Estate Planning dan Faraid.

                Beliau serba sedikit menceritakan tentang kelebihan Takaful yakni syarikat ini memenuhi syarat serta sangat bermanfaat buat kita dan memenuhi syariat Islam. Pengeluarannya pun tiada unsur riba dan pelaburan pula terjamin halal. Beliau juga memberi peluang untuk para pelajar untuk mengisi borang Takaful bagi sesiapa yang mahu. Ustaz Lokman mengakhiri penyampaiannya dengan pesanan agar para pelajar sentiasa berusaha menanam sifat mengurus kewangan dengan sebaiknya agar terurus juga masa depan para pelajar.

Diharapkan program ini dapat mencapai hadafnya  agar para peserta dapat menggunakan masa serta agar bijak megurus kewangan untuk  melahirkan golongan doktor yang serba tahu dan pakar bukan sahaja dalam akademik semata-mata tetapi untuk pembinaan individu muslim yang berjaya satu hari nanti.

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.