Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah pada 3 Februari 2013 telah berlangsung dengan jayanya satu program STAT & NOW 2.0' anjuran Unit Kebajikan Tanta MedicMesir dengan bertemakan ‘’ See One, Do One, Teach One ‘’ bertempat di Academic Center (AC) 2, Imarah Medic Mesir Tanta.Objektif program ini secara khususnya untuk memberi pendedahan awal kepada Tahun 1 tentang basic clinical skills dan secara amnya untuk menajamkan skill pelajar tahun lain.
Program ini bermula seawal 8 pagi dimana pelajar mula mendaftarkan diri.Lebih kurang 100 orang peserta yang melibatkan diri dalam program ini dan majoritinya adalah pelajar tahun 1.Pada pukul 8.30 pagi program ini dimulakan dengan nyanyian Asmaul-Husna dan bacaan doa untuk mendapat keberkatan Allah, diikuti dengan ucapan Pengarah Program, Muhammad Ahnaff bin Zahhid.
Dr Izzuddin Azharudin |
Kemudian slot kedua disampaikan oleh Dr Rusydi bin Jamaluddin,senior tahun 6 perubatan Tanta.Beliau menyampaikan tajuk 'Bleeding, shock '.Beliau menyarankan para peserta untuk lebih aktif untuk selalu ke hospital disebabkan kekurangan praktikal di universiti di Mesir.Kemudian berhenti untuk rehat dan solat.Kemudian slot diteruskan oleh Dr Izzuddin Azharudin hingga pukul 2.30 petang.Beliau juga menunjukkan demo membuat CPR kepada peserta.
Dr Rusydi Jamaluddin |
Peserta memberi sepenuh perhatian ketika ceramah |
Peserta bersama fasilitator masing masing |
Peserta sedang menggunakan sphygmomanometer |
Sesi praktikal-memasang cannula. |
Peserta ikhwah bersama fasilitator |
Memberi perhatian ketika demo dilaksanakan |
Peserta dan fasilitator dibahagikan mengikut group |
AJK terlibat menjayakan program STAT & NOW 2.0' |
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.