Sunday, February 3, 2013

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana dengan izinNya Lawatan ke Book Fair (Maarad Kutub) 2013 telah selamat dijalankan dengan jayanya pada 26/1/2013 bagi akhawat dan 27/1/2013 bagi ikhwah.


Selepas dua minggu berhempas pulas membaca buku dan menahan masa tidur gara-gara peperiksaan pertengahan tahun, kini selesai sudah musim peperiksaan.Bertepatan dengan itu,  Unit Aktiviti Luar MedicMesir  telah mengadakan lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kaherah di Cairo International Conference Center (CICC) sambil mengisi masa lapang pelajar yg kini sedang bercuti.
Suasana pesta buku di Mesir ternyata berbeza berbanding di Malaysia memandangkan tempatnya yang jauh lebih luas dari PWTC di Kuala Lumpur. Dengan ini, para pelajar dapat melihat dan membeli pelbagai jenis genre buku baik dalam bahasa melayu mahupun dalam berlainan bahasa.


                 Semoga lawatan ke pestabuku ini idapat mengeratkan ukhuwah di antara para peserta dan sedikit sebanyak dapat menyediakan kita dalam menjadi Muslim Doktor yang tunduk padaNya. Sekali lagi jutaan terima kasih diucapkan kepada Ummi Medic Mesir, seluruh jawatakuasa pelaksana program, para peserta dan juga semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak.
Diharapkan program ini dapat mencapai hadafnya  agar para peserta dapat menggunakan masa yang ada untuk mencari sumber tambahan ilmiah  untuk  melahirkan golongan doktor yang serba tahu dan pakar dalam bidang masing-masing satu hari nanti.





0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.