Tuesday, March 19, 2013

Al - Maarod Al- Adabi Al- Fani

Alhamdulillah, pada 9 Mac 2013, pelajar- pelajar Malaysia dalam bidang pergigian telah mengadakan kerjasama antara pelajar - pelajar Arab dalam gabungan bidang pergigian, farmasi dan commerce untuk mengadakan satu acara yang dinamakan Al - Maarod Al -Adabi Al- Fani atau 'Arts & Culture'.

Acara ini diadakan bagi mendedahkan budaya rakyat Malaysia kepada rakan - rakan Arab dan pelajar - pelajar Malaysia juga berpeluang untuk lebih memahami budaya bangsa bumi 'kinanah' ini.

Acara ini telah diadakan selama 5 hari berturut - turut, iaitu dari 10 Mac 2013 sehingga 14 Mac 2013. Setiap hari mempunyai acara ini tema berbeza- beza, mengikut pelajar- pelajar tahun mana yang akan mengelolakan 'booth' tersebut pada hari itu.

Hari pertama : Tourism , dijaga oleh pelajar- pelajar tahun 2 pergigian 

Hari kedua : Food & Culture , dikelolakan oleh pelajar - pelajar tahun 1 pergigian

Hari ketiga : Kecemerlangan Malaysia, oleh pelajar predental 

Acara ini telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Pergigian, Dr.Soraya pada hari pertama perasmian dan telah mendapat tajaan sepenuhnya oleh salah sebuah syarikat swasta di sini.

Antara aktiviti yang menarik sepanjang berlangsungnya acara tersebut ialah 'teka - teka' kata untuk mengajar bahasa Melayu kepada orang Arab serta memberi peluang kepada pelajar - pelajar Arab untuk mencuba makanan tradisional Kelantan, iaitu budu. Selain itu, nyanyian lagu 'Negaraku' dan persembahan nyanyian daripada pelajar - pelajar predental juga telah mendapat sambutan yang hangat dari sahabat- sahabat Arab di sini.











Acara ini telah dirasmikan penutupannya pada 14 Mac 2013 dengan acara penyampaian hadiah berupa senaskhah Al-Quran dari wakil pelajar- pelajar Arab kepada wakil pelajar Malaysia.

Diharapkan agar segala usaha mereka untuk merapatkan jurang antara pelajar- pelajar  Malaysia pergigian dan pelajar- pelajar Arab dapat menjadi contoh dan teladan bagi pelajar- pelajar Malaysia yang lain terutamanya pelajar perubatan khasnya.

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.