Sunday, March 24, 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana dengan izinNya satu program yg diberi tajuk FiST (Fighting Siddiq Tanta) dengan lancar telah dijalankan pada 22 March 2013 (Jumaat). Tujuan program ini diadakan ialah untuk merapatkan ukhwah antara senior dan junior, membina tubuh badan yang sihat sesuai dengan gelaran pelajar perubatan dan memupuk semangat qawiyul jism seperti yang dinyatakan dalam muwasafat tarbiyah.

                                   
                               Pengarah                : Ahmad Hamizan Bin Mohd Sabri 
                               Timbalan Pengarah : Ummu Atiqah Binti Muhammad

Jutaan terima kasih kepada ikhwah dan akhwat yang memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan program sukan ini. Terdapat empat pasukan aitu Aman(hijau), Ajib(merah), Bun(biru) dan Adul(kuning). Setiap pasukan mempunyai ketua pasukan dan pen. ketua pasukan. 

Aman (hijau)
Ketua pasukan         : Salihin bin Salal 
Pen. Ketua Pasukan : Azdura Nisa

Ajib (merah)
Ketua pasukan        : Mohd Amsyar Auni bin Lokman
Pen. ketua pasukan : Nur Azilah binti Podang

Bun (biru)
Ketua pasukan        : Muhd Ahnaff Zahid
Pen. ketua pasukan : Nur Atiqqah Salahuddin

Adul (kuning)
Ketua pasukan        : Izzudin bin Azaharuddin
Pen. ketua pasukan : Ain Fathihah binti Saufi

pasukan Aman

Sebelum acara sukan dimulakan, tapak jualan bg setiap pasukan dibuka. Sukan utama bagi ikhwah adalah futsal manakala bagi akhwat adalah bola keranjang. Kemudian sukaneka terbahagi kepada dua sesi aitu sesi pagi dan sesi petang. Berikut merupakan senarai permainan dalam sukaneka.

Sukaneka 1 

1. Lari dalam guni
2. Baling selipar
3. Tarik upih
4. Galah panjang
5. Jalan atas kertas
6. Lompat getah
7. Ferrari push

Sukaneka 2

1. Ping-pong beregu
2. Shuttle score
3. Teng-teng

salah satu tapak jualan yang dibuka

acara baling selipar antara Adul dan Ajib

Program ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pasukan yang telah mendapat johan bg setiap acara. Berikut merupakan keputusan acara :

Sukan Utama : 
Futsal (ikhwah) : Aman
Bola keranjang : Bun

Sukaneka : 

(Ikhwah)
Lari dalam guni - Aman
Baling selipar    - Aman
Tarik upih         - Bun
Galah panjang   - Adul
Lompat getah    - Ajib
Ferrari push      - Adul
Ping-pong         - Ajib
Teng-teng         - Ajib
Shuttle score     - Aman

(Akhwat)
Lari dalam guni - Bun
Baling selipar    - Aman
Tarik upih         - Ajib
Galah panjang   - Ajib
Lompat getah    - Adul
Ferrari push      - Bun
Ping-pong         - Aman
Teng-teng         - Aman
Shuttle score     - Adul

Dan berikut merupakan keputusan kedudukan mengikut markah keseluruhan bagi setiap pasukan. Untuk makluman, pasukan Adul dan Bun menduduki tempat ke-3 bersama kerana markah terkumpul bagi kedua-dua pasukan adalah sama. 

Johan          - Ajib (241)
Naib Johan - Aman (225)
Ke-3          - Adul & Bun (220)

Program berakhir pada jam 5 petang. Jutaan terima kasih bagi semua yang telah menyumbang tenaga dan memberi komitmen dalam menjayakan program ini. 

acara lari dalam guni

pasukan Ajib


0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.