Monday, March 25, 2013


Tanta, 21 Mac 2013 - Pada jam 8.30 malam, Movie Night telah diadakan di Academic Centre 2, Imarah Medic Mesir Tanta bertemakan "A Moment To Be Remembered".

Filem yang ditayangkan pada malam itu adalah filem Taare Zameen Par, lakonan Aamir Khan, Darsheel Safary dan ramai lagi.

 Filem ini mengisahkan tentang seorang pelajar dyslexia, Ishaan yang sudah tidak naik tahun selama dua tahun di sekolahnya. Selepas perbincangan ibu bapa Ishaan dengan pengetua sekolahnya, mereka bersetuju agar Ishaan dipindahkan ke sekolah berasrama. Ishaan mula rasa disisihkan oleh keluarganya. Namun, seorang guru seni, Nikumbh (lakonan Aamir Khan) mengajar Ishaan dengan cara yang berbeza dengan sistem pengajaran guru lain. Ishaan mula nampak potensi dirinya dalam bidang lukisan dan semakin yakin dengan dirinya.

Diharap filem ini dapat memberi pengajaran buat semua peserta.

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.