Bismillahirrahmanirrahim
TANTA, Mesir : Pada 28 Februari 2013, Unit EXCO Media MedicMesir Tanta 2012/2013 telah mengajurkan satu kelas komputer yang diberi nama Virtuoso In Making Academy (VIMA) 1.0 - Kelas Microsoft Excel. Kelas ini diadakan khas untuk EXCO-EXCO, Setiausaha dan Bendahari untuk setiap unit. Jumlah penglibatan pelajar adalah 22 orang akhawat dan 10 orang ikhwah termasuk penyampai.
Penyampai pertama merupakan Dr. Izzuddin Azharuddin yang merupakan pelajar Tahun 4 Perubatan yang mahir dalam mengendalikan dan menggunakan Microsoft Excel secara asas untuk kegunaan format kerja. Selepas itu, penyampai yang seterusnya adalah Nur Ashikin Ahmad, pelajar Tahun 2 Perubatan yang juga merupakan Setiausaha MedicMesir Tanta 2012/2013, menyampaikan cara menulis format laporan terbaru untuk program-program yang bakal dianjurkan. Kemudian, Bendahari MedicMesir Tanta 2012/2013 pula iaitu Amirah Binti Mazmi yang menyampaikan cara untuk menulis laporan bajet.
Setelah sesi penyampaian telah habis, para hadirin dijemput untuk menjamu selera dengan potluck yang dibawa. Setelah sesi jamuan, majlis pun bersurai. Alhamdulillah, semoga kelas ini mencapai objektif bagi meluaskan ilmu terutamanya dalam segi penulisan laporan kerana inshaAllah ilmu ini akan berguna sehingga kita berada di alam pekerjaan. Sekian, terima kasih.
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.