Saturday, April 27, 2013


TANTA, Mesir : Pada tarikh 19 April dan 26 April 2013, Unit EXCO Akademik MedicMesir Tanta 2012/2013 telah mengajurkan program akademik khas untuk membantu meningkatkan prestasi para pelajar perubatan dan berkongsi tips cara untuk menjawab soalan dalam peperiksaan yang bakal menjelang. Program ini dinamakan 'MOCK 2013' dianjurkan khas untuk pelajar perubatan Tahun 1 & 2.




19 April 2013

Program pada hari ini adalah untuk pelajar perubatan Tahun 1 dan dimulakan dengan membuka majlis dengan ummul kitab yang diketuai oleh saudari Nur Saidah Binti Muhamad Sufian. Beliau menerangkan serba sedikit tentang program akademik pada hari tersebut yang dimulai dengan subjek 'Anatomy' pada pukul 8.00 pagi sehingga pukul 12.30 tengahari khas untuk sesi akhawat sahaja. Kemudian disambung selepas solat jumaat pada pukul 1.00 petang untuk sesi ikhwah pula sehingga pukul 4.00 petang. Sesi ikhwah itu diketuai oleh saudara Muhamad Salihin Bin Abdul Salal.


Peserta akhawat yang menyertai adalah sebanyak 9 kumpulan dan peserta ikhwah pula sebanyak 5 kumpulan. Setiap kumpulan diberi masa sebanyak 20 minit untuk tenaga pengajar memberi tunjuk ajar untuk bahagian tulang yang tertentu. Setelah 20 minit, tenaga pengajar akan bertukar stesen dan mengajar kumpulan yang lain pula.  Tenaga pengajar merupakan Senior-senior Tahun 2 perubatan.


Setelah itu, program disambung pula pada waktu malam bermula pada pukul 7.00 malam sehingga pukul 10.00 malam diikuti dengan subjek 'Biochemistry' yang diajar oleh saudari Faezah Hasnor, subjek 'Physiology' oleh saudara Izzuddin Azharuddin dan akhir sekali subjek 'Histology' oleh saudara Hazwan Muhamidi, di mana kesemua mereka adalah pelajar perubatan Tahun 4.

Program diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan suratul 'Asr. Peserta dijemput untuk menjamu selera dengan makanan yang disediakan. Sekian, terima kasih.


26 April 2013

Program MOCK Tahun 2 bermula pada pukul 7 malam yang diketuai oleh Syafiq Nordin.  Pembentang-pembentang untuk MOCK kali ini adalah daripada kalangan pelajar perubatan tahun 2 sendiri. Jutaan terima kasih kepada pembentang-pembentang MOCK iaitu Sharifah Munira Binti Said Seliman (Anatomy), Ummu Atiqah Binti Muhammad (Histology), Ain Fatihah Bt Saupi (Biochemistry) dan Muhamad Salihin Salal (Physiology) yang bertungkus-lumus untuk menyediakan 'slide presentation'. Program pada malam ini berakhir pada pukul 10 malam dengan masakan bubur khas dari AJK Masakan. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.






0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.