Saturday, April 27, 2013



Bismillah...

Assalamualaikum wbt..

ALHAMDULILLAH infinity kesyukuran kita kepada ALLAH SWT atas segala kurniaanNya sehingga ke saat ini dan tidak lupa SELAWAT dan SALAM ke atas JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW atas segala pengorbanan baginda. Alhamdulillah Allah telah bagi peluang kepada kita untuk mendalami ilmu medik di bumi anbia ini.. Pejam celik pejam celik.. Rupa-rupanya tidak lama lagi kita akan menghadapi PEPERIKSAAN AKHIR bagi sesi pengajian 2012/2013 di TANTA UNI.. Pantas dan laju masa bergerak..

USAHA TANGGA KEJAYAAN

ADAKAH kita sudah bersedia?? 
ADAKAH selama ini kita telah menggunakan peluang Allah bagi dengan sebaik mungkin??
Kita banyak belajar atau kita banyak main?? Itu yang kita perlu muhasabah.. 

Tapi mungkin juga ada yang mengatakan kejayaan dalam exam itu bergantung kepada rezeki yang diberikan oleh Allah. Kalau Allah nak kita gagal, Dia berkuasa gagalkan, kalau Dia nak kita berjaya, mudah sahaja baginya. Jadi kenapa belajar teruk-teruk?? Sia-sia je belajar penat-penat..

Ingatlah wahai adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak sekalian..


Sabda Rasulullah s.a.w, 'Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.' (Riwayat Abu Daud).

Mesti kita ingin mnjadi orang yang disukai Allah kan?? segala usaha kita dalam menuntut ilmu tidak akan sia-sia juga kerana 


"Dan kalaulah (amal yang seberat zarahitu amal kebajikannescaya Dia akan menggandakannya dan akan memberi dari sisiNya pahala yang amat besar.” (an-Nisa:40)



Jangan lupa juga segala kerja keras kita itu, niatkan untuk akhirat. Bukan sekadar dunia.


“Katakanlah, Mahukah kami kabarkan tentang orang yang paling merugi amalan mereka? Yaitu orang-orang yang telah sia-sia usaha mereka di dunia, sedang mereka menyangka telah mengerjakan sebaik-baiknya.” (Al Kahfi 103-104)



HUBUNGAN DENGAN ALLAH

Siapakah sebenarnya orang berjaya??

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman 
(al-mu'minun:1)

Segala usaha kita, kita serah kembali kepada Allah swt bagi menentukan keputusan peperiksaan  yang terbaik untuk kita.. USAHA, TAWAKAL, DOA, REDHA...



Dalam ghairah berusaha juga.. Kita TIDAK BOLEH lupa tanggungjawab kita kepada ALLAH dan MANUSIA.. "habluminallah wa habluminannas" 

'Ditimpa kehinaan mereka walau di mana mereka berada melainkan berjaya berpegang dengan agama Allah S.W.T. dengan menghubungkan diri dengan Allah S.W.T. dan juga berbuat baik sesama manusia..' (Surah Ali-Imran 112)
                
HUBUNGAN DENGAN MANUSIA



Jaga hubungan sesama ahli rumah. Saling bantu membantu...
Fatrah imtihan (waktu peperiksaan) ini memang waktu yang amat menguji kesabaran dan keimanan.. Rasa nak berkurung dalam bilik je.. study.. study.. study.. Semua jadual masak rumah da tak kisah.. Semua buat hal masing-masing.. 


Setiap orang akan menghadapi stress.. tapi jika kita saling melengkapi.. in shaa Allah semuanya akan dilalui dengan penuh bahagia dan selamat..




Jadi berusaha lah sebaik mungkin dengan niat kerana Allah swt.. Jangan sia-sia kan waktu yang berbaki dengan perkara-perkara yang merugikan.. Sesungguhnya masa itu emas dan sangat-sangat berharga untuk dibuang.. Banyakkan beribadat n berdoa kepada Allah swt..


Kami BARISAN KEPIMPINAN MMTANTA 2012/2013 ingin mngucapkan SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN kepada SEMUA WARGA TANTA samaada PERUBATAN, PERGIGIAN mahupun PENGAJIAN ISLAM.. Semoga dipermudahkan segala urusan peperiksaan dan diberikan kesihatan yang baik.. Jom saling mendoakan antara satu sama lain.. MUMTAZ DUNIA AKHIRAT.. 



'' UKHUWAH CATALYZING EXCELLENCE"

                                                                                         

                                                                                        PENGERUSI MMTANTA 2012/2013               
























































0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.