Friday, July 5, 2013

   



Assalamualaikumwarahmatullah wbt,

Berikutan situasi Mesir yang kurang stabil rentetan perhimpunan yang diadakan oleh rakyat Mesir yang menentang Presiden Mesir, Dr Morsi pada 30/6/2013, pihak Medic Mesir Tanta mengambil inisiatif menubuhkan Bilik Gerakan Khas yang berpusat di Academic Centre, Imarah Medic Mesir. 

Bilik Gerakan ini akan berfungsi untuk memberikan maklumat terkini mengenai perkembangan semasa Mesir, menjadi tempat rujukan dan menerima arahan secara langsung dari pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah sepanjang tempoh berjaga-jaga mulai 29/6/2013 sehingga keadaan kembali stabil.

Bilik gerakan juga akan menyediakan stok makanan, bekalan air bersih, dan tempat perlindungan sebagai langkah berjaga-jaga atas sebarang kemungkinan.




Alhamdulillah, keadaan di muhafazah Tanta pada hari ini boleh dikatakan telah kembali seperti sedia kala.

Penduduk setempat telah menjalankan aktiviti seperti biasa dan tremco (mini bus) telah mula bergerak seperti biasa.

Walaubagaimanapun, para pelajar dinasihatkan untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga dan mengikut Garis Panduan Keselamatan KBKM serta tidak keluar tanpa keperluan.

Ibu bapa pula diminta untuk tidak terlalu bimbang serta terus mendoakan kesejahteraan Mesir dalam mengharungi hari-hari mendatang.


Sebarang makluman, boleh layari laman facebook  https://www.facebook.com/BilikGerakanMedicMesir

Layari laman Twitter kami : (bilikgerakanmm) untuk mendapatkan maklumat terkini dan hubungi talian HOTLINE bilik gerakan kami di nombor berikut :

IZZUDDIN AZAHARUDDIN : 01147823827 (Pengarah Operasi)
FAEZAH HASNOR : 01117409378 (Penolong Pengarah Operasi)
AHMAD SAMHAN AWANG : 01145060203
AMIRAH MAZMI : 01119015617

Para pelajar diharap sentiasa peka dengan perkembangan semasa dan apa sahaja pengumuman demi keselamatan bersama. 




Perjumpaan bersama wakil Kedutaan Besar Malaysia Kaherah telah berjalan dengan jayanya di Academic Center, MedicMesir Tanta pada 29 Jun 2013.

Terima kasih diucapkan kepada En. Khairi Bin Jalalluddin (EME) dan En. Abdul Muhaimin (JAKIM) mewakili Kedutaan Besar Malaysia Kaherah atas kesudian untuk hadir.

Turut hadir bersama-sama membincangkan ehwal keselamatan pelajar-pelajar di Tanta:
-Pengerusi Perubatan Cawangan Tanta
-Wakil DPM Tanta
-Pengerusi Kelab IKRAM Mesir Tanta
-Pengerusi ISMA Mesir Tanta
dan wakil-wakil daripada beberapa kelab & persatuan lain.

Mudah-mudahan para pelajar mengambil cakna akan isi taklimat yang disampaikan ini.


Sekian, terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.