Monday, January 27, 2014



Pada 13 Januari 2014 bersamaan 12 Rabiul awal 1435H Exco Unit Dakwah dan Tarbiyah telah mengadakan satu kempen yang dinamakan “our prophet secret (OPS)”  bagi meraikan sambutan kelahiran kekasih kita Rasulullah S.A.W. Program ini berlangsung selama 7 hari bermula dari 13 Januari 2014 sehingga 24 Januari 2014.
Objektif kempen ini dilaksanakan adalah untuk mengajak orang ramai mengikuti sunnah Rasulullah dan menyedarkan kepentingan menghidupkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan seharian.
Kempen ini dilaksanakan dengan melantik ahli jawatan kuasa DnT dari ikhwah dah akhawat bagi mencari dan memilih sunnah-sunnah Rasulullah yang boleh dilakukan dalam kehidupan seharian serta menyebarkan poster-poster berkaitan sunnah Rasulullah dalam ruangan media massa seperti facebook,  instagram, whatsapp dan blog. Poster kempen OPS  tersebut telah diedit oleh Ajk Media DnT dan disebarkan mengikut ahli jawatankuasa DnT yang telah ditetapkan pada setiap tarikh sepanjang program ini berlangsung. 

 Antara sunnah Rasulullah yang dipilih untuk dijadikan poster kempen ini adalah senyum, tidak mencela makanan, berjabat tangan, sebarkan salam, membaca doa sebelum dan selepas tidurberzikir dan selawat.








  Alhamdulillah, kempen ini berjalan dengan lancar dan setiap ahli jawatankuasa DnT melaksanakan tugas dengan baik serta berganding bahu antara satu sama lain dalam menjayakan  kempen ini.

   Semoga kempen  ini, dapat menyedarkan orang ramai bahawa mencintai Rasulullah itu bukan hanya diucapkan melalui lafaz semata, cinta pada Rasulullah itu perlu dibuktikan dengan menghidupkan sunnah baginda dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, marilah kita sama-sama menyuburkan rasa cinta pada Rasulullah itu dengan menghidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW daripada sekecil-kecil perkara hinggalah yang terbesar agar rasa cinta itu sentiasa segar dalam hati kita seperti mawar yang mekar mewangi hari demi hari. Biiznillah.


                 “JIKA BENAR CINTA, ADAKAH CINTA KITA BENAR-BENAR UNTUK BAGINDA?


                  JIKA BENAR CINTA, APAKAH BUKTI CINTA KITA?

                 JIKA KITA PUNYA BUKTI, ADAKAH BENAR-BENAR KERANA BAGINDA?

                JIKA KITA KATA KITA RINDU PADA BAGINDA,  ADAKAH RINDU ITU LAHIR DARI HATI?

                ATAU SEKADAR LAFAZ? “   

  

Unit Dakwah dan Tarbiah
MedicMesir Tanta 13/14               

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.