Friday, February 7, 2014

Assalamualaikum wbt.
Adakah anda semua sudah penuhi masa yang ada pada cuti winter ini dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah yang anda telah rancang sebelum ini?? Atau anda berasa bosan dan tidak tahu apa yg hendak dibuat??

Apa kata anda semua menyertai program yang dianjurkan oleh
Media MM Tanta. Program ini bertemakan "What I Did Last Winterbreak". Anda boleh menggunakan kreativiti anda untuk menghasilkan fotografi dan videografi yang menarik. Melalui program ini anda dapat berkongsi pengalaman dan ibrah yang anda peroleh sepanjang winterbreak pada kali ni.

Dalam masa yang sama.anda juga dapat menonjolkan bakat terpendam yg ada pada diri anda serta dapat mengeratkan ukhwah antara sahabat-sahabat kerana anda dan rakan juga boleh melibatkan diri secara kumpulan dalam pertandingan ini.

Program ini terbuka pada semua. Jadi apalagi, marilah bersama-sama kami menyertai program ini bagi mengasah bakat anda! Hadiah menarik dan lumayan menanti anda semua.

Pendaftaran boleh dibuat di link ini:
KLIK SINI

Cara - cara menghantar penyertaan

Anda boleh menghantar hasil kreativiti anda (fotografi/videografi) dengan cara berikut:


FOTOGRAFI 

i) Hardcopy: Boleh dihantar ‘by-hand’ di Academic Centre Medic Mesir Tanta daripada pukul 12 tengah hari sehingga pukul 5 petang pada 15 Februari 2014.
Hardcopy tersebut mestilah merupakan gambar berserta ‘caption’ pada gambar tersebut yang telah dicuci.

ii) Softcopy : Softcopy juga harus dihantar kepada AJK yang bertugas pada waktu yang sama.


VIDEOGRAFI 

i) Softcopy: Softcopy hasil videografi anda harus dihantar kepada AJK yang bertugas pada waktu dan hari yang sama iaitu pada 15 Februari 2014.

ii)Youtube: Anda perlu memuat-naik (meng-upload) video anda di Youtube dan sertakan link video anda melalui Whatsapp di kaunter tersebut.

P/S : Jikalau anda tidak meng-upload video anda di Youtube, kemungkinan besar markah anda akan berkurangan. Hal ini kerana bilangan ‘likes’ daripada youtube dan facebook (pihak kami akan ‘share’ di page Media MedicMesir Tanta) juga menyumbang markah bagi menentukan pemenang pertandingan.



"Sharing is caring,
Caring is loving,
Loving is Ukhwah."
Unit Media
MedicMesir Tanta 13/14



0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.