Tuesday, February 25, 2014


•Apakah itu? - Ia adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan khinzir.
•Bagaimana penyakit ini tersebar? - Seperti mana virus selesema bermusim lain. - Biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. - Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.
*Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari yang ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti. Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit.
•Adakah Mesir terlibat dalam wabak ini? - Sejak disember 2013 , dilaporkan sebanyak 38 orang telah meninggal disebabkan penyakit ini.
•Tanda-tanda apa yang boleh kita tlihat pada diri sendiri? - Sama seperti simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan.
- Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah.
•Apakah simptom yang spesifik ?? - Kesesakan nafas• Sakit dada• Pening secara tiba-tiba• Muntah• Selsema• Batuk teruk
- Symptom pada kanak – kanak ialah: • Pernafasan laju atau mempunyai masalah pernafasan• Warna kulit kebiruan• Muntah • Berat badan kurang• Selsema• Batuk teruk
*Bagi kanak-kanak kurang dari 5 tahun adalah kumpulan yang berisiko untuk mendapat komplikasi yang teruk → diharap agar ibu bapa yang mempunyai anak kecil lebih berjaga-jaga.
Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama!
•Bagaimana untuk mencegah? - Tutup/lindung mulut dan hidung dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas guna.
- Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema.*Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
-Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
-Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

Bagi sahabat-sahabat yang berada di Mesir, diharap dapat menjaga kesihatan terutama ketika proses pertukaran musim sejuk ke musim panas kerana kebanyakan dari kita sering demam.
Semoga Allah melindungi kita semua dari sebarang penyakit yang merbahaya. Ameen


Unit Kebajikan & Perumahan MedicMesirTanta 13/14

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.