Monday, February 24, 2014

PROGRAM Princess WonderNight 2014

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah setelah hampir sebulan cuti musim sejuk berakhir sudah tentu ramai yang bertebaran, mencari dan melihat keindahan ciptaan Allah di seluruh pelosok dunia. Semua warga Tanta terpisah buat sementara waktu selama cuti sebulan yang lepas. Sudah tentu rindu yang membuak-buak hadir sesama sendiri, rindu untuk berkumpul sama-sama dan mencambahkan lagi rasa sayang sesama sendiri.

Oleh yang demikian, buat julung-julung kalinya MedicMesir Tanta akan mengadakan program khusus untuk para akhawat sahaja sehabisnya musim cuti ini.

Objektif program ini diadakan adalah untuk :
  1.  Mengeratkan lagi ukhwah sesama akhawat Tanta yang berbeza dari segi tahun pengajian.
  2.  Memberikan peluang kepada akhawat yang ingin menonjolkan bakat yang lama terpendam seperti      bersajak, bersyair dan bermain alat muzik.
  3.  Meraikan keistimewaan dan kelebihan kaum hawa.
  •     TEMA     : Warna Pastel
  •     TARIKH : 27 Februari 2014 (Khamis)
  •     MASA     : 5.00 petang - 10 malam
  •    TEMPAT  : Dewan Gawhara
  •    TENTATIF: Seperti di dalam poster

Anda dijemput untuk mendaftar di'link' ini : Pendaftaran Princess WonderNight
Yuran pendaftaran :15 l.e sahaja.





Video teaser:


Jom Akhawat! Sama-sama kita penuhi jemputan ke malam yang gilang gemilang ini. InshaAllah pasti semuanya akan temui kemanisan ukhuwah nanti. Jumpa anda di sana! 

Ukhwah terjalin, Manisnya terasa

MedicMesir Tanta 13/14

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.