Monday, February 24, 2014

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, Pertandingan Fotografi dan Videografi telah tamat dijalankan dengan penyertaan yang sangat memberangsangkan daripada kalangan pelajar perubatan di Tanta, Mesir.

Majlis Penyampaian Hadiah bagi pertandingan juga telah melabuhkan tirainya pada hari Khamis bersamaan dengan 20 Februari 2014. Majlis ini berjaya diadakan pada pukul 11.30 pagi iaitu ketika waktu rehat program JOM MAIN! Anjuran Exco Sukan Medic Mesir Tanta.

Majlis bermula dengan ucapan kata-kata aluan daripada bekas penasihat MedicMesir Tanta iaitu saudara Muhammad Hazwan Bin Muhamidi yang diteruskan lagi dengan ucapan daripada pengarah program iaitu saudara Mohd Erham Bin Jonoh. Majlis kemudiannya dikelolakan oleh saudara Ahnaff sebagai pengacara majlis.

Fotografi-Fotografi hasil kreativiti peserta dan ‘likes’ daripada Facebook Media MedicMesir Tanta dan Instagram tantamedicmesir ditayangkan di hadapan semua penonton termasuk peserta pertandingan. Fotografi yang mendapat banyak ‘likes’ menerima sambutan yang menghangatkan daripada para penonton. Seterusnya, videografi-videografi hasil kreativiti peserta juga ditayangkan. Para penonton kelihatan terhibur dengan tayangan video-video tersebut.

Semua peserta akan membawa balik hadiah saguhati sebagai tanda penghargaan daripada pihak Unit Media Medic Mesir Tanta kerana sudi menyertai pertandingan ini. Berikut merupakan senarai penerima TOP 3 bagi kedua-dua kategori fotografi dan Videografi. 

 
FOTOGRAFI
1st – MUHAMMAD AIMAN BIN MUHAMMAD NIZAR 
2ND – ABDULLAH AHMAD SHARIFUDDIN
3RD – IMAN ATHIRAH BINTI MOHD HANIFAH
 
Masing-masing berjaya membawa pulang kupon wang tunai berjumlah 100LE, 75LE, dan 50LE.
 
VIDEOGRAFI

1ST – AMARUL NAZREN BIN ALINOORDIN

(Berikut disertakan link untuk dimuatkan ke blog)

2ND – NUR AMALINA BINTI A. RAHMAN & NUR AMALIA BINTI A. RAHMAN

(Berikut disertakan link untuk dimuatkan ke blog)
<iframe width="560" height="315" src="//www.youtube.com/embed/qm5jCG664u0" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

3RD- FAZLIN AMELIA BINTI MUZAFAR


(Berikut disertakan link untuk dimuatkan ke blog)
<iframe width="560" height="315" src="//www.youtube.com/embed/bam5_Ew6EP4" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>


 Masing-masing juga berjaya membawa pulang FAN HEATER, HAMPER (200LE), HAMPER (100LE).
 
Jutaan tahniah dan terima kasih diucapkan buat semua pemenang serta peserta pertandingan. Semoga yang berjaya memenangi pertandingan terus mengasah skill fotografi dan videografi anda! Kepada yang kurang berjaya diharapkan tidak berputus asa dan terus maju ke hadapan!

Majulah media untuk Ummah!

Sekian sahaja laporan daripada Unit Media Medic Mesir Tanta. Assalamualaikum wbt.
 

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.