Friday, August 1, 2014

Tanta, 30 Julai 2014 : Beraya di perantauan dan jauh dari keluarga sememangnya mengundang sedikit sayu di hati. Namun, dengan adanya sambutan-sambutan rumah terbuka raya telah membawa pergi kesayuan dan menceriakan raya perantauan para pelajar di Tanta ini

Medic Mesir Tanta dengan kerjasama Kelab IKRAM Tanta dan Aqsa Syarif Tanta telah menganjurkan sambutan rumah terbuka 'Lebaran Fitrah Aidilfitri 2014' pada hari raya ketiga yang lalu. Antara menu yang disediakan adalah nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, sup tulang, bihun sup, kek span Palestin dan beraneka kuih raya. Antara tetamu yang turut sama memeriahkan majlis adalah pelajar-pelajar dari Mansurah, Kaherah dan tidak lupa juga pelajar-pelajar di Tanta yang rata-rata terdiri daripada pelajar tahun 4, 5 dan 6
Terima kasih diucapkan kepada semua tetamu yang sudi memeriahkan majlis sambutan rumah terbuka kami. Semoga lebaran ini membawa seribu erti dan kita semua kembali kepada fitrah yang suci. Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin daripada Medic Mesir Tanta

AJK sedang menyediakan bihun sup, salah satu juadah yang disediakan

Para hadirin sedang mengambil juadah yang disediakan


Tetamu ikhwah sedang menikmati juadah

AJK Pelaksana Lebaran Fitrah Aidilfitri

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.