Thursday, February 19, 2015




Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh

Pada 30 hingga 31 Disember 2014, Medic Mesir Tanta telah menganjurkan sebuah program yang diberi nama Calling For Charity. Program ini dianjurkan buat kali ketiga dengan tujuan mengutip dana untuk mangsa banjir di  Semenanjung Malaysia yang terjejeas teruk berikutan peristiwa itu.

Antara aktiviti yang dilakukan adalah pembukaan bazar makanan dan jualan barangan terpakai, kutipan derma serta majlis iftar,

perkongsian sempena tahun baru dan solat hajat untuk mangsa banjir.

Alhamdulillah dengan sifat murah hati yang ditunjukkan oleh para pelajar, program ini berjaya mengutip dana sebanyak LE 2168.50. Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini mampu dimanfaatkan sebaiknya buat mangsa banjir sekalian.

Diharapkan agar program ini dapat memupuk sifat ikhlas dan melatih kita untuk berasa empati dan suka menginfaqkan harta kita buat mereka yang memerlukan.







0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.