Monday, February 23, 2015

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh 

Tanta, 10 Februari 2015 – Alhamdulillah, Medic Mesir Tanta telah mengadakan sebuah program yang diberi nama “Walk The Talk”. Program ini menampilkan seorang Pensyarah Perubatan Universiti Sains Malaysia iaitu Dr Wan Norlida binti Wan Ibrahim. Dr Wan Norlida merupakan pensyarah dalam bidang “Community Medicine”. Beliau merupakan graduan Sarjana Perubatan dan Pembedahan dari UniversitI Malaya. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Kesihatan Komuniti dan akhirnya Ijazah Kedoktoron (Phd) dalam bidang Ekonomi Kesihatan. Beliau merupakan ibu kepada 4 orang anak. Salah seorang anaknya sedang melanjutkan pelajaran di Tanta University.

Perkongsian beliau lebih kepada membentuk jati diri seorang pelajar dan graduan perubatan. Beliau membahagikan penyampain beliau kepada 4 mesej. Mesej pertama beliau adalah,memperjelaskan matlamat dan target. Seterusnya sebagai seorang pelajar, kita seharusnya mengenali kelebihan serta kelemahan diri kita. Seorang pelajar baik mampu membahagikan masanya dengan baik dan guru terbaik buat kita adalah kesilapan masa lalu.


Mesej ke dua adalah beberapa perumpamaan ataupun kata-kata hikmah untuk menerbitkan semangat pelajar untuklebih maju di masa hadapan. Antara kata-kata semangat yang diberikan adalah yang rajin mencari jalan, dan yang malas mencari alas an, untuk Berjaya mesti paksa diri, bukan manjakan diri dan banyak lagi.

Mesej seterusnya adalah faktor yang menjadi daya penolak untuk pelajar terus berjaya. Dua faktor tersebut adalah menyedari tugas sebagai seorang plajar adalah amanah yang perlu ditunaikan kepada banyak pihak. Seterusnya, faktor motivasi juga memainkan peranan penting dalam membina diri sebagai pelajar yang cemerlang. Yang paling utama adalah menjadikan Allah sebagai pasak utama dalam memotivasikan diri

Mesej terakhir yang disampaikan oleh Dr Wan Norlida adalah tentang imej diri sebagai seorang profesional. Seseorang yang terlibat dalam dunia profesional perlulah mengekalkan imej yang baik seperti sentiasa kemas dan bersih. Selain itu, kita juga perlu menjaga sikap dan sentiasa berkelakuan baik kerana sikap seseorang mampu memberi kesan kepada orang lain. Dr Wan Norlida turut menerangkan tentang serba sedikit tentang komponen-komponen sikap yang harus diketahui oleh semua pelajar. Seterusnya sesi soal jawab bermula dan majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan sesi bergambar.




Pihak penganjur program mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelajar yang sudi hadir memeriahkan majlis.  Semoga segala input yang dikongsi dapat diamalkan dengan baik oleh semua pelajar.


0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.