Friday, February 20, 2015

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

 Program jaulah Sinai-Dahab SKY15 telah berlangsung pada 28 Januari hingga 30 Januari 2015 dengan penyertaan dari peserta sebanyak 78 orang. Program ini diadakan oleh pasukan Medicmesir Tanta untuk pelajar-pelajar universiti Tanta mengisi masa lapang mereka pada cuti musim sejuk yang bermula pada 23 Januari lepas. Destinasi yang dipilih ialah Sinai dan Dahab kerana terdapatnya banyak tempat-tempat tarikan dan rekreasi pelancong. Di Sinai juga terdapat banyak tempat bersejarah yang boleh mengajar para pelajar tentang sejarah Islam. Program kali ini diarah oleh saudara Amar Fadzreen bin Khalid dan dibantu oleh saudari Aqila Syahira Binti Aziz serta barisan AJK yang lain.

  Pada 26 Januari 2015, program predeparture telah berlangsung di AC2 imarah MM pada pukul 9 pagi. Program ini bertujuan untuk menjelaskan kepada peserta tentang tempat-tempat yang ingin dilawati dan juga agenda dan tentative program disamping menerangkan sunnah-sunnah yang perlu diikuti sewaktu bermusafir. Program ini juga berlangsung untuk memperkenalkan para ajk dan fasi kepada para peserta untuk menolong dan menjaga keselamatan mereka sewaktu program.



  Pada pagi 28 Januari pukul 3 pagi, para ajk, fasi dan peserta berkumpul di AC2 imarah MM untuk menunggu pengangkutan yang akan membawa mereka ke Sinai. Sebelum berangkat, para peserta menunaikan solat sunat musafir dan solat hajat supaya program jaulah yang dijalankan berjalan dengan lancer dan selamat. Tepat pukul 3:45 pagi, para peserta menaiki tremco untuk ke AC2 cawangan Azhar untuk solat subuh berjemaah dan menaiki bas untuk bertolak ke Sinai. Para peserta memulakan perjalanan ke Sinai pada pukul 7:38 pagi 28 Januari. Dalam perjalanan ke Sinai, para peserta diagihkan sedikit kudapan di dalam bas sebelum berhenti makan pagi pada pukul 10:17 di R&R.


  Selepas makan pagi, perjalanan diteruskan ke Bunker Israel dengan melalui terowong Ahmad Hamdi ataupun terowong terusan Suez. Para peserta selamat sampai di Bunker Israel ataupun Uyun Musa pada pukul 12:53pm. Di destinasi tersebut, para peserta diterangkan tentang sejarah kubu tersebut oleh individu bertugas. Terdapat banyak tinggalan-tinggalan perang yang memukau mata para peserta di tempat tersebut. Kemudian, para peserta dibawa melawat Uyun Musa iaitu mata air musa  yang hanya mengambil masa lima minit dari destinasi sebelumnya. Di destinasi tersebut, para peserta dapat menyaksikan tinggalan sejarah 12 mata air yang dikeluarkan Nabi Musa dengan izin Allah untuk 12 kabilah yang berlainan di tempat itu.







  Tepat pukul 2 petang 28 Januari,  para peserta memulakan perjalanan ke bandar Sharm el Sheikh yang mengambil masa 7 jam kerana terpaksa berhenti di pos-pos polis dalam jangka masa yang agak lama. Pada pukul 4:02 petang, mereka berhenti rehat dan solat di R&R dan menikmati makanan tengah hari. Para peserta tiba di Sharm el Sheikh pada pukul 9:23 malam dan melawat tempat-tempat seperti Alfu Laila de Laila, El-Fanar dan Old Market. Sebelum memulakan perjalanan ke Sinai pada pukul 11:45 malam, para peserta menunaikan solat maghrib dan isyak di Market dan kemudian menyediakan diri untuk mendaki gunung Sinai.


  Setibanya di kaki Gunung Sinai pada pukul 3:30 pagi pada 29 Januari, para peserta disediakan makan malam dan dibawa ke tempat permulaan pendakian. Para peserta memanaskan badan dan membaca doa sebelum memulakan pendakian pada pukul 4:30 pagi. Pendakian gunung Sinai mengambil masa 2 jam 30 minit dan para peserta dan AJK yang Berjaya menjejak ke puncak Gunung Sinai mengambil gambar beramai-ramai sebagai kenangan sebelum mendaki turun. Proses pendakian turun gunung Sinai hanya mengambil masa 1 jam 30 minit hingga 2 jam. Kemudian, para peserta disediakan makanan tengah hari dan menjamu selera sebelum melawat Patung Lembu Samiri dan Makan Nabi Harun.






  Perjalanan ke Dahab bermula pada pukul 12:11 tengah hari dan mengambil masa 3 jam untuk sampai ke destinasi iaitu Miami Beach Hotel. Sesampainya di tempat penginapan, para peserta mendaftar masuk dengan bilangan 3 orang per bilik. Para peserta diberi masa untuk berehat dan melakukan aktiviti kendiri sebelum aktiviti barbeque bermula pada malam tersebut selepas solat maghrib dan isyak iaitu pada pukul 7 malam. Aktiviti bbq tersebut memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi pengalaman mereka sewaktu melawat tempat-tempat yang sebelumnya seperti Bunker Israel, Gunung Sinai dan Al-Fanar. Para peserta menjamu selera beramai-ramai sebelum bersiap untuk melawat bandar Dahab.

  Para peserta bergerak ke bandar Dahab pada pukul 10:14 malam dan sampai  pada pukul 10:33 malam. Pelbagai aktiviti kendiri dijalankan oleh para peserta di bandar tersebut seperti membeli belah, berbasikal dan menikmati makanan laut. Mereka kembali ke tempat penginapan pada pukul 12:30 untuk merehatkan diri untuk aktiviti esok hari.

  Pada 30 Januari, para peserta bersiap seawal 6:30 pagi untuk bergerak ke tapak ATV dan Bot Kaca. Seramai 15 orang peserta memilih aktiviti bot kaca dan selebihnya memilih aktiviti motor ATV. Mereka bergerak ke tempat aktiviti pada pukul 7 pagi dan perjalanan tersebut mengambil masa 20 minit bagi aktiviti bot kaca dan 40 minit bagi aktiviti ATV. Pada pukul 9:45 pagi, para peserta kembali ke hotel untuk bersiap mendaftar keluar dan kembali ke Tanta. Makan pagi disediakan kepada para peserta sebelum memulakan perjalanan pulang ke Tanta. Para peserta juga sempat mengambil gambar kenangan beramai-ramai di depan hotel penginapan.








  Perjalanan pulang ke Tanta bermula pada pukul 10:35 pagi dan mengambil masa 12 jam untuk sampai Tanta dan selamat sampai di Tanta pada pukul 3:15 pagi.

Tonton video rasmi SKY 15





0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.