Thursday, March 26, 2015


Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah , setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana dengan izinNya Program Little Qari (LQ) telah selamat dijalankan . Jutaan tahniah diucapkan kepada Pengarah Program, Muhammad Fitri bin Ahmad Fizal Tahun 2 Perubatan dan Timbalan Pengarah, Nor Zawani binti Ramly  Tahun 4 Perubatan serta seluruh jawatankuasa pelaksana program Little Qari yang bertungkus lumus menjayakan program yang julung kali diadakan oleh Medic Mesir Tanta.

Terima kasih diucapkan kepada CEO Medic Mesir , Puan Siti Haniza atau lebih dikenali dengan panggilan Ummi kerana dengan murah hatinya telah menaja sepenuhnya program ini bagi peserta pelajar Tahun 1 & 2 Perubatan serta Predental & Tahun 1 Pergigian.

LQ merupakan keberlangsungan program Little Caliph yang telah dijalankan oleh Unit DnT pada semester lepas . Program ini berjalan selama seminggu, bermula dari tarikh perasmian program pada 17 Febuari 2015 sehingga 24 Febuari 2015.

Objektif program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman yang lebih kepada peserta mengenai hukum-hukum tajwid yang terdapat di dalam al-quran . Di samping itu, program ini memberi peluang kepada peserta untuk bersoal jawab bersama fasilitator mengenai cara pembacaan al-quran yang betul.

 Dengan bantuan dan tunjuk ajar dari ustaz yang bertauliah, terdapat 12 fasilitator yang dikhususkan bagi setiap rumah peserta. Setiap fasilitator ditugaskan untuk menerangkan mengenai hukum tajwid seperti nun mati dan tanween, serta mim mati dan tanween. Fasilitator diberi kelonggaran memilih mana-mana dua hari dari tarikh program untuk melaksanakan program ini. Berikut merupakan sebahagian gambar peserta bersama-sama dengan fasilitator mereka.











                Tahniah kepada para peserta dan tidak dilupakan juga para fasilitator yang melibatkan diri di dalam program ini. Allahmdulillah, syukur kehadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya,  diberi kesempatan untuk menjalankan  program ini. Sekali lagi, jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Ummi Medic Mesir , seluruh jawatankuasa pelaksana program ,para peserta , dan juga pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dengan Little Qari ini. Semoga Allah memberkati program Little Qari dan program ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang.

               
               

               

                  

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.