Wednesday, November 11, 2015

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah pada 27 & 28 September yang lalu, adik-adik Tanta MedicMesir yang dijadualkan terbang telah selamat sampai di Lapangan Terbang Iskandariah. Barisan AJK Ahlan Misr telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Team A dan Team B.



 Team A ditugaskan untuk menyambut kedatangan pelajar-pelajar baru dan menyantuni mereka manakala Team B telah bersiap sedia di Academic Centre bagi menyediakan makanan supper untuk pelajar-pelajar baru di samping menyambut kedatangan mereka setelah tiba di Tanta.




Setelah mereka tiba di Tanta,mereka diberikan taklimat ringkas tentang peraturan pengunaan imarah sebelum bergerak ke kediaman masing-masing.

Alhamdulillah hari ketiga Ahlan Misr yang berlangsung pada 29 haribulan diteruskan pada pukul 4.30 petang dengan alunan Asma Ul-Husna dan lagu tema. Lagu tema pada tahun ini adalah Pelita nyanyian A.P.I.




Program ini telah dirasmikan oleh Muhammad Hazwan bin Muhammidi. Selepas itu, para pelajar di perkenalkan dengan barisan AJK Ahlan Misr dan Exco MM Tanta 2014/2015. Mereka juga di tayangkan video berkenaan program-program yang dijalankan di Tanta.




Pada pukul 5.30 petang  para pelajar berehat untuk solat maghrib dan makan malam.




Program malam itu diteruskan dengan ‘games’ ice breaking yang bermula pada pukul 6.30 petang sehingga 8.00 malam.
Pelbagai games yang telah dimainkan seperti permata dalam debu, kenali rakan anda,dan betul atau bohong. Seterusnya para pelajar diberikan taklimat berkenaan tentatif esok hari sebelum mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.




Solat dan sarapan berjemaah bersama musyrif dan musyrifah telah menjadi permulaan hari keempat Ahlan Misr. Kemudian para pelajar diberikan masa kendiri untuk bersiap ke gamaah bagi pelajar-pelajar yang telah memulakan sesi pembelajaran.



Pada pukul 3.30 petang para pelajar solat asar bersama-sama sebelum melakukan aktiviti riadah di Siber Bay.
Di sana pelajar perempuan telah bermain bola keranjang manakala pelajar lelaki bermain sukaneka yang telah disediakan oleh senior-senior.




Setelah penat melakukan aktiviti riadah para pelajar bergerak pulang ke rumah masing-masing menaiki tremco.


Para pelajar memulakan program Ahlan Misr pada hari kelima seawal jam 4.00 pagi dengan solat berjemaah bersama-sama di AC. Para pelajar juga mendengar tazkirah ringkas daripada Dr.Hadi Othman sebagai pelengkap  rohani. Setelah itu, para pelajar makan bersama-sama dan meneruskan Aktiviti Jom Mumtaz yang bertujuan untuk memperkenalkan mereka tentang cara pembelajaran di universiti dan teknik-teknik belajar yang berkesan oleh senior-senior Tanta yang hebat.



Selepas itu, program Baiti Janati bermula setelah tamatnya Jom Mumtaz,  pelajar-pelajar di beri pendedahan tentang cara-cara menjaga kesejahteraan rumah dan membina hubungan baik antara ahli bait.

Pada pukul 12 tengah hari pelajar diberikan makan tengah hari dan rehat sebelum melakukan aktiviti rewang untuk BBQ pada malamnya. Rewang dimulakan pada pukul 3.30 petang hingga 5.30 petang.
 



BBQ bermula pada pukul 6.00 petang dengan solat berjemaah bersama-sama di rooftop. Kemudian diberikan makan malam sebelum berlangsung Forum yang diberikan oleh Dr.Samhan dan Dr. Rusyaida bertajuk Kehidupan di Mesir .



 BBQ pada malam itu di disudahi dengan ucapan dari Pengarah Ahlan Misr dan penyampaian hadiah kepada peserta terbaik lelaki dan perempuan.



 Akhir sekali, pelajar- pelajar ditayangkan dengan video Ahlan Misr’15 sebelum dibenarkan bersurai.

Berikut merupakan video sepanjang proram untuk Ahlan Misr' 15




0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.