Monday, December 28, 2015


Bismillahirrahmanirrahim. 


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana dengan izinNya 
program Maulid AnNabi (MAN) telah selamat dijalankan. 

Jutaan tahniah diucapkan kepada Pengarah program, Muhammad Syafiq bin Isa pelajar tahun 3 perubatan dan timbalan pengarah, Intan Hafiza binti Hamzah pelajar tahun 4 perubatan serta seluruh jawatankuasa pelaksana program Maulid AnNabi yang bertungkus-lumus menjayakan program yang julung kali diadakan oleh Medic Mesir Tanta.

MAN merupakan program yang telah dijalankan oleh Unit DnT pada hari Khamis bersamaan 24 Disember 2015.

 Program kni berlangsung selama 1 hari. Pelbagai aktiviti telah dijalankan, antaranya 
mendengar ceramah dari tetamu istimewa dari Indonesia iaitu Ustaz Fakhri Zakirman yang merupakan graduan master Usul Fiqh, Universiti Azhar, Cairo serta agihan bubur lambuk kepada setiap pelajar yang hadir.








Objektif program ini dijalankan adalah untuk memperingati tarikh kelahiran insan yang kita cintai, iaitu
 Rasulullah SAW pada tanggal 12 Rabiul Awwal bersamaan hari khamis 24 Disember 2015 serta memupuk sifat cinta akan Rasulullah SAW. 

Di samping itu, program ini juga untuk menyebarkan sunnah-sunnah Rasulullah yang boleh kita contohi.






Semoga dengan berlangsungnya program ini, dapat memberi manfaat kepada semua pelajar.

Ameen

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.