Thursday, January 7, 2016

Bismillahirrahmanirrahim,


Pada 24 Disember 2015 hingga 1 Januari 2016, 
Medic Mesir Tanta telah menganjurkan sebuah program yang diberi nama "Calling for Charity".


Program ini dianjurkan buat kali keempat dengan tujuan mengutip dana untuk salah seorang
 pelajar tahun akhir yang bernama Ahmad Samhan bin Awang yang menghidap penyakit barah rahang.

Antara aktiviti yang dilakukan adalah pembukaan bazaar makanan dan kutipan derma dari setiap kelas.

Alhamdulillah dengan sifat murah hati yang ditunjukkan oleh para pelajar, 
program ini berjaya mengutip dana sebanyak LE 2269.72.

Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini mampu meringankan beban pelajar tahun akhir ini.

Diharapkan agar program ini dapat memupuk sifat ikhlas dan melatih kita untuk berasa empati dan suka menginfaqkan harta kita buat mereka yang memerlukan.









0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.