Thursday, February 18, 2016

Bismillahirrahmanirahim,

Tahniah diucapkan kepada kakak-kakak dan abang-abang i5 yang sudah tamat melanjutkan pelajaran di Tanta Universiti dalam bidang perubatan.
Terima kasih kerana sudi berkongsi suka dan duka bersama, sudi menghulurkan pertolongan tak kira masa, serta selalu memberi nasihat dan tunjuk ajar.

Semoga terus sukses dan menjadi doktor-doktor yang berjaya untuk masyarakat dan ummah.
Teruskan perjuangan baik di bumi Malaysia atau bertebaran di bumi Allah ini. 

Teruskan menimba ilmu kerana hidup adalah proses di mana kita terus belajar tanpa ada batas umur tanpa ada kala tua.

Dan Rasulallah SAW pernah bersabda, 
'Sesiapa yang mahu mencapai kemajuan di dunia, maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang mahu mencapai kebahagian di akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang mahu mencapai kebahagian di dunia dan di akhirat maka hendaklah ia berilmu'.

Tahniah ! 

You made it, Doctors !

Tahniah juga diucapkan kepada penganjur program, PERUBATAN CAWANGAN TANTA dan Tanta Universiti atas keberjayaan dalam menjalankan program graduasi 2016. 


Video Graduasi i5,
https://youtu.be/lWdVUtZoylY































0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.