Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya
Jaulah SIGHT’16 Matrouh & Siwa telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program yang dijalankan
selama 4 hari, bermula dari 7 Februari 2016 sehingga 10 Februari 2016 telah disertai oleh
80 orang peserta termasuk 3 orang peserta akhawat dari Zagazig.
Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada
pengarah program, Arif Baihaki bin Azmi, pelajar perubatan Tahun 3 dan
timbalan pengarah, Nasrin binti Ahmad Mazian pelajar pergigian Tahun 2
serta semua ahli jawatankuasa pelaksana yang telah bertungkus-lumus dalam memastikan program jaulah SIGHT’16 kali ini dapat dijalankan dengan lancar.
Video : https://www.youtube.com/watch?v=LgzeCoxbkq4
Video : https://www.youtube.com/watch?v=LgzeCoxbkq4
Pengarah, timbalan pengarah dan barisan ahli jawatankuasa pelaksana Jaulah SIGHT'16. |
Bertemakan ‘Put Every Ar Ru’yah towards Lord’, tujuan Jaulah SIGHT’16 dianjurkan ialah
bagi memperkenalkan Matrouh dan Siwa kepada golongan pelajar, membuka mata para peserta tentang
keindahan alam ciptaan Yang Maha Pencipta dan memberi peluang kepada para peserta
melepaskan tekanan selepas peperiksaan pertengahan tahun yang lalu.
Semoga Jaulah SIGHT’16 yang dijalankan pada tahun ini dapat mendatangkan seribu satu pengalaman
yang tak dapat dilupakan kepada semua peserta serta dapat mengutip segala ibrah dan hikmah
yang Allah sampaikan dalam setiap perkara.
Sekali lagi, jutaan terima kasih diucapkan kepada Ummi Medic Mesir,
seluruh jawatankuasa pelaksana SIGHT’16, para fasilitator, peserta dan juga semua pihak
yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan jaulah kali ini.
Semoga usaha kalian dibalas dengan sebaik-baik balasan oleh Allah SWT, insyaAllah.
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.