Tuesday, October 4, 2011






3 Oktober : Seperti biasa,pelajar mula sarapan pagi pada pukul 6 pagi. Aktiviti Riadhah yang dikendalikan oleh unit Sukan & Aktiviti Luar (saudara Muhammad Hazwan dan saudari Saidatul Hannah Adibah Ahmad Taufik) menyusul selepas sarapan pagi.Pada pukul 7.30 pagi,pelajar mula bergerak menuju ke Istad (Stadium).Lokasi serta pelaksanaan aktiviti untuk pelajar ikhwah dan akhawat dijalankan secara bersaingan.Walau bagaimana pun,pengisian dan permainan adalah sama untuk pelajar ikhwah dan akhawat.Antara permainan ialah Tasik Cinta Kita,Ini Amanah Lah,Tikar Ajaib dan Balingan Sayang.Semua permainan mempunyai pengajaran dan iktibar yang dapat diambil oleh pelajar.Aktiviti sukan selesai pada pukul 10.30 pagi.Seterusnya,pelajar diiring balik ke Imarah dan dilepaskan untuk rehat dan bersiap untuk slot petang.

Kami menyambut kedatangan tetamu khas, Encik Khairi Jalalluddin dengan paluan kompang yang diiringi oleh saudara Ahmad Samhan Awang selaku Pengerusi MedicMesir dan Haji Safian Tayyib Hamidin selaku pegawai MedicMesir.Beliau memberi penerangan mengenai fungsi dan khidmat EME(Education Malaysia Egypt),penerangan BKAN(Badan Kebajikan Anak Negeri) dan seterusnya merasmikan Program Ahlan Misr’11 MedicMesir Tanta.Dalam ucapan,beliau meluahkan rasa bangga dan bertuah kerana dapat berjumpa pelajar-pelajar baru dan beliau juga berhasrat supaya para pelajar dapat mengambil peluang sebaik mungkin setelah terpilih untuk meneruskan pengajian di bumi anbia ini.

Pada pukul 3.30 petang,program berhenti untuk solat Asar.Sejurus selepas semua pelajar selesai menunaikan solat Asar, acara debat bermula. Dalam slot ini juga, debat untuk akhawat dan ikhwah dijalankan secara bersaingan iaitu akhawat di AC 2 sementara ikhwah pula di AC 1. Saudara Esham mengendalikan debat untuk ikhwah dan saudari Siti Hawa Sazali bertanggungjawab dalam debat unbtuk akhawat. Tajuk debat bagi ikhwah dan akhawat adalah berbeza.

Bagi akhawat, debat dijalankan dengan membentuk kumpulan-kumpulan kecil.Setiap kumpulan dinobatkan 1 profesion (jurutera,akauntan,dll).Setiap kumpulan diberi situasi di mana mereka perlu berhujah untuk mempertahankan diri daripada dipilih untuk disingkirkan daripada sebuah kapal yang hampir karam. Pelajar sangat melibatkan diri dalam aktiviti ini dan beberapa pendebat turut dilihat melontarkan hujah-hujah yang menarik dan membina.Untuk ikhwah pula,tajuk debat ialah ‘Membina Generasi Berkeperibadian Superb,Peranan Siapa?’.Pendebat-pendebat ikhwah juga tidak kurang hebatnya.Acara debat berakhir pada pukul 5.30 petang.

Dalam pada waktu itu, unit pendaftaran dan publisiti menerima kedatangan seramai 11 orang yang terdiri daripada 5 orang ikhwah dan 6 orang akhawat.Rombongan kecil ini yang bersama-sama dengan pelajar Mansurah dan Azhar daripada Malaysia.Mereka tiba di Lapangan Terbang Cairo pada pukul 12.30 tengah hari tadi dan sampai di Tanta pada pukul 5 petang.

Aktiviti pada waktu malam juga berasingan bagi ikhwah dan akhawat.Ikhwah mengadakan permainan yang diberi nama ‘Game XY’ yang dipimpin oleh saudara Muhammad Imran. Manakala akhawat pula mengadakan muhasabah sukan yang berlangsung awal pagi tadi dan sedikit pengisian yang berbentuk lebih kepada interaksi dan komunikasi antara peserta dan fasilitator.

….Dia tutupkan malam kepada siang .Sesungguhnya pada demikian itu menjadi tanda –tanda bagi kaum yang memikirkannya.(Surah Ar-Rad,Ayat 3)

Alhamdulillah.Setelah seharian menjalani rutin yang agak ekstrem,pelajar dilepaskan dan diberi rehat secukupnya untuk aktiviti pada hari seterusnya.Aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang hari ini dilihat dapat menarik minat dan penyertaan pelajar sepenuhnya.Tahniah kepada adik-adik! Tidak lupa juga kepada semua AJK yang terlibat untuk menjayakan Program Ahlan Misr’11 pada hari ini.

1 comments:

  1. Alhamdulillah....mantap semua....hebat2...semua lancar even tanpa Ummi...lepas ni Ummi tak perlu dtg dah....hehe

    TAHNIAH....good training ground sebelum balik Malaysia nanti

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.